Bila sebut kobis, kita akan terfikir sayur bulat yang mampat sebesar bola boling yang terdiri dari lapisan daun yang enak digoreng, dimasak bersama santan atau dibuat cole slaw. Kalau tanam di tanah rendah, kobis tidak membentuk jantung. ia terbuka dan kelihatan seperti sayur kailan. Bagaimanapun rasanya yang meaty berbeza dari rasa kailan. Ia tetap enak. Kailan pun enak juga. Saya gemar kobis yang di celur dan dicicah sambal cili, dimakan bersama nasi. Mmmmmm....
Kobis dalam Bekas |
siput babi pun suka rasa daun kobis... saya selalu perasan kehadiran siput nih dekat bekas kobis saya... ;p
BalasPadamCelah-celah daun tempat kesukaan siput dan lintah bulan menyorok. Lepas hujan biasanya ia keluar. Boleh kutip dan buang. Atau boleh gunakan pellet siput yang dijual di nurseri.
PadamPokok kobis sy yg begitu subur tiba2 je layu n mati... sedihnya....
BalasPadamMungkin ada ulat dalam batang atau makan akar. Ada sejenis lalat yang suka bertelur dalam batang kobis. larvanya (ulat) makan dari dalam.
PadamNampaknya kobis ni tak bulat seperti di Cameron Highland. Tak sejuk agaknya.
BalasPadamBetul tu. Ini variety lowland. Memang tak akan membentuk bulat. Saya pernah cuba baka highland, pun sama, terbuka. Dari pembacaan, kobis perlukan suhu yang rendah untuk membentuk heart.
PadamMungkin juga disebabkan keadaan latitud tanah dan suhu persekitaran yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kobis..
BalasPadamUntuk membentuk heart, kobis perlu di tanam di tempat sejuk. Terbuka pun kira ok juga, daunnya tetap enak. :) Masa kecil-kecil dulu saya pernah lihat jiran ikat dengan tali rafia, ada yang tutup dengan tempurung -- tak menjadi.
Padamkiranya saya bertuah la ye... sbb kobis saya membentuk jantung walaupun cuma sebesar saiz penumbuk tangan...
BalasPadamkobis saya tempohari telah pun saya ambil jantungnya... manakala batang pokok saya biarkan - sayang nak buang pokok hidup... baru ni saya lihat kobis tersebut kembali berpucuk baru... tak tau la akan ada jantung lagi atau tidak... tunggu sahaja... ;p
Bestnya.
Padamsaya pun menanam kobis... dan diperhatikan seperti sudah mahu membentuk "heart"... tiga pokok je ada... tapi tengok batang utama, alahai, cam tak mampu je nak menampung berat kobis tu nanti...heheh
BalasPadammungkin boleh cuba kaedah penyiraman air sejuk??? dan letakkan ditempat berselindung??? sekadar pendapat dan idea..
Mungkin juga menjadi. Idea yang bernas tu.
Padamdaun bunga kobis serta batangnya boleh dimakan x?
BalasPadamkami tanam di sek menjadi bunga dan daunnya amat subur.suma tanya2 daun dan batang boleh mkan x?/
BalasPadamYa, boleh dimakan.
Padam