Cili Kapsikum dah mula membuahkan hasil. Pokok ini menghasilkan buah yang manis. Pokok satu lagi menghasilkan buah yang amat pedas tapi pokok tersebut telah mati. Bila dikorek tanah, rupa-rupanya ulat kekek (larva kekabuh) telah memakan akarnya. Pokok ini masih sihat, diharapkan tiada ulat kekek di dalam tanah. Buahnya pun nampak cantik, walaupun tidak sebesar kapsikum yang dijual di pasaraya. Tak sabar nak jadikan ramuan topping pizza. :)
| Buah kapsikum mula ranum. |
Wahh, lepas ni dapat resepi pizza pula dari tuan iskandar.. Hehe :).. Macam ni tuan boleh terbitkan buku resepi pula lepas ni..
BalasPadamMemang ada tulis buku memasak, untuk kanak-kanak. Guna pengalaman semasa mengajar dulu, anak-anak tinggal bersendirian. Tapi fokus buku ini pada masakan kegemaran kanak-kanak, serta langkah-langkah keselamatan. Sekarang peringkat mengambil gambar. Dah ada penerbit minta.
PadamBagus tu.. Semalam sempat juga meluangkan masa dikedai buku berhampiran rumah saya.. Ternampak pula buku tulisan tuan berkenaan cara menggunakan MS Office 2007 :)..
PadamBuku ICT ada beberapa buah saya tulis. Sekarang perlahan-lahan shift ke buku pertanian. Untuk main saya tulis buku teks.
PadamUntuk buku yang berkaitan pertanian tu bila nak berada dipasaran? Tak sabar rasanya nak tambah ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian :)..
PadamTu kena tunggu keputusan penerbit. Target saya MAMA 2012. Tapi semuanya bergantung kepada penerbit.
PadamSy pnh tanah n idup subur... dah berbunga tp diserang whitefly akhirnya mati...
BalasPadamKalau lalat buah, boleh gunakan semburan ramuan cecair sabun dan minyak masak sebagaimana yang saya tunjukkan dalam posting yang lalu. Setakat ini tanaman ciri dan tomato yang diserang lalat putih berjaya ditepis.
Padamnampak sedap sangat - masuk dalam sayur goreng campur... tak pun dalam tom yam... best nyer...
BalasPadamBuah dari pokok ini langsung tak pedas. Ia manis. :)
Padamcomel cili kapsikum ni.... tak besar plak seperti dikedai...
BalasPadamtentu enak kalau dicampurkan dengan sayur campur goreng...
Tanam cara organik, tak lah sebesar kalau tanam cara fertigasi. Masa diambil untuk pertumbhan juga lebih lama. Tapi rasanya lebih enak. Berbaloi.
Padambenih nie ada jual x tuan?
BalasPadamYa, ada dijual.
Padam