Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 22 Mac 2012

Gambar Hari Ini -- Kailan

Kailan dalam bekas panjang. Daunnya tumbuh besar, elok.Nampaknya akhir-akhir ni banyaklah kailan ikan masin tertera dalam menu makan tengahari. :)
Kailan

13 ulasan:

  1. Kailan saya yang besar-besar rasa pahit, yang berdaun kecil sahaja manis sedikit. Apakah petua untuk mendapatkan kailan berdaun besar tetapi manis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak salah saya sayur jadi pahit bila tak cukup air atau cuaca terlalu panas.. betul ke tak en.is?

      Padam
    2. Ya betul tu. Jenis tanah yang digunakan juga mempengaruhi rasa sayur.

      Padam
    3. Hehe, kalau macam tu, nak manis, kita kena bagi air gula la yer? Gurau je.. Maybe boleh bagi "air ikan" dalam kuantiti terkawal untuk tambah rasa manis dan subur.. Apa pendapat Tuan Iskandar?

      Padam
    4. Kalau guna baja organik, biasanya sayur daun manis berbanding baja kimia. Dan kena petik masa muda. :)

      Padam
    5. Terima kasih di atas cadangan rakan-rakan semua. Rasanya memang ada kaitan dengan semua faktoe di atas. Saya memang menggunakan baja organik yang dibeli di nurseri, yang jenis berbutir-butir. Lepas tu tanah pun tak berapa subur, saya tambak dengan tanah coklat beli di nurseri juga, dan kalau saya outstation memanglah tidak disiram. :-( tapi seronok tengok daun yang besar-besar tu, makan je tak berapa best. Tapi syukur sekurangnya saya tahu tiada pestisid atau herbiaid.

      Padam
    6. Bulan depan, insyaAllah kita akan kongsi kailan dari baka heirloom, jenis yang mempunyai daun besar dan batang kecil. Saya belum rasa lagi kailan jenis ini, tapi kata auntie kakak pembekal benih, "lasanya manyak best woooo...."

      Terima kasih Auntie sebab tunjukkan benih yang rating "manyak best." :)

      Padam
  2. cantiknyer....kalian saya belum jadi camni...hehehe..ntah biler nak jadi camni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berapa lama semai. Biasanya, kalau semua ok, 4 minggu hingga 6 minggu akan jadi macamni.

      Padam
  3. seronoknya tengok sayur yang gemuk macam ni tanam belakang rumah je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok. Lagi pun kailan mudah ditanam dan dijaga. Tuaian pun tak putus-putus, 5 hingga 6 minggu dah dapat hasil. Kalau tuai kailan muda, 2 minggu dah makan hasil.

      Padam