Pokok Cotton Rosemallow (Hibiscus mutabilis) adalah dari keluarga bunga raya (hibiscus) dengan saiz pokok yang kecil. Bunga ada berbagai warna mengikut waktu. Di sebelah pagi, ia berwarna putih, kemudian bertukar ke warna merah jambu dan di sebelah petang berwarna merah. Dari bacaan saya, daunnya digunakan untuk mengurangkan bengkak dan kelopaknya dijadikan jus untuk diminum oleh wanita hamil -- untuk memudahkan proses bersalin. Itu amalan orang dulu, sejauh mana keberkesanannya, saya tak pasti. Baru belajar tanam pokok ni, insyaAllah kalau menjadi akan edarkan benihnya.
 |
Bunga dari pokok ini berwarna merah jambu. |
|
|
 |
Pokok dari jenis bunga merah. |
 |
Bunga merah ini kembar. Cantik. |
menarik pokok ni .. selalu pokok2 macam ni boleh tanam dr keratan batang kut?
BalasPadamSaya tanam dari benih.
Padamcantik.. mana nak dapat benih ni??
BalasPadamBenih saya dapat hari tu sikit aja. Bila dapat batch baru saya akan beritahu.
PadamCantik bunga ni :)..
BalasPadamYa cantik. Khasiatnya pun pelbagai.
PadamSalam en is.. Benih bunga raya ni dah boleh beli ke..? Saya suka bunga raya Dan bercadang nak tanam bunga raya pelbagai warna .. Kalau Ada benih bunga raya warna lain saya nak beli juga..
BalasPadamSaya lupa nak posting tentang benih pokok ini. Ia telah habis diborong oleh rakan yang datang ke rumah. Bila dapat benih batch yang baru sayta akan beritahu melalui blog.
Padam