Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 7 Mac 2012

Dalam Banyak-banyak Herba, Herba apa yang Wajib Ditanam?

Ada sahabat tanya, dalam banyak banyak herba, herba apa yang wajib ditanam?  Susahlah kalau gitu sebab kalau jatuh wajib, kalau tak tanam berdosa. :)

Kalau suruh pilih herba untuk ditanam, bolehlah saya jawab.  Buat masani saya belum tanam banyak herba.  Maklum sajalah, baru sebulan masuk ke rumah ni.  Patch herba pun belum disediakan.  Buat masa ini saya ada tanam limau purut, kari, kemangi, tulasi, temu pauh, serai, kesom, rosemary, thyme, tarragon, dan bawang.  

Kalau satu aja herba yang saya boleh tanam? Saya akan tanam limau purut.  Kenapa?  Limau purut, memang saya amat gemar guna sebagai perisa ketika memasak.  Bukan untuk tom yam aja.  Saya perhatikan daun limau purut yang fresh, kalau goreng daging, sebelum daging masak, kalau dicampak sehelai dua daun limau purut, pasti makasakan tersebut habis.  

Biasanya bila pulang ke kampung, mak akan minta saya goreng daging.  Yang pasti, saya akan ke belakang rumah mak dan ambil sehelai dua daun limau purut.  Bila goreng, daging dah hampir masak, saya akan masukkan dua helai daun limau purut.

Waktu makan, mak akan menambah nasi.  Bila dah habis makan nasi, sambil bercerita, mak akan ratah daging goreng -- sampai pinggan bekas daging licin.  Tak sabar nak balik kampung, goreng daging untuk mak.


Limau purut, bukan sekadar perisa tomyam.  Di campur goreng daging pun enak.

Kari, namanya pun dah harum.  Goreng daging, kacang tanah, buat rempah pun sedap.

Kemangi harum.  Bila terbau aja, teringat laksam.  Lapar lah pulak.

Kalau kepingin rempah Inggeris, cuba thyme.

29 ulasan:

  1. Wahh, terliur bila tuan cerita pasal daging digoreng bersama daun limau purut.. Boleh terbayang aroma dan rasa nya..


    Laparnya.. Hehehe :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri pun rasa lapar bila teringat.

      Padam
  2. daun limau purut ni mak saya dan saya guna dalam masakan yang bergulai/berkuah.... memang esak rasanya... masakan seperti masak lemak, asam pedas dan berbagai lagi masakan lain turut dimasukkan daun limau purut ni...

    boleh kata daun penambah selera makan la jugak daun ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya amat setuju. Sebab itu mana-mana saya bertapak, pokok limau purut ditanam. :)

      Padam
  3. menarik idea nie... terima kasih... boleh ke tanaman tersebut ditanam di dalam pasu? Pokok limau purut mcm sesuai di atas tanah terus. Pokok kesom kalau tak silap perlu tanah sedikit lembap, betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tanam dalam pasu sahaja... cukuplah untuk menghasilkan daun2 dan sekarang tengah nak berbuah. Pokok ni dah nak masuk 4 bulan sejak beli dari karnival hari peladang kat mardi jalan kebun...

      kalau dah takde daun, kerat aja ranting2 supaya tumbuh ranting baru beserta daunnya...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. tuan, nanti boleh post resepi daging tu.
      kemangin yg ditanam tu jenis mana? saya tanam dua jenis kemangin kat umah ni(satu dah arwah kena kebas tinggal ranting ja) tapi macam lain dari tuan punya.

      Padam
    4. saya da beli anak pokok limau purut.. memula ok.. tp lama2 die mcm nk kering nak mati jer.. nape yek? ...
      pokok limau purut tu dalam passu...

      Padam
    5. saya da beli anak pokok limau purut.. memula ok.. tp lama2 die mcm nk kering nak mati jer.. nape yek? ...
      pokok limau purut tu dalam passu...

      Padam
  4. Ya, betul tu Sdr zicron21ck, boleh tanam di atas tanah atau dalam pasu. Kalau dalam pasu, saiz kecil sedikit. Kalau selalu potong, daun tetap rimbun, tak kira atas tanah atau dalam pasu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemangin yang saya tanam ni jenis biasa, dicucuk dari batang kemangin yang dibeli di pasar. Susah sikit jaga sebab anak belalang suka makan.
      InsyaAllah saya akan masukkan resepi tersebut.

      Padam
    2. Saudara Iskandar Kemangi ni ada banyak jenis (dari spesis basil) kemangi = hot basil, daun selasih = sweet basil, selasih hitam = cinnamon basil... yang ni baunya sama dengan bau kulit kayu manis. Kalau dicampur dengan gulai asam pedas.... fuhhh kepalang enaknya.

      Padam
  5. dulu masa saya tinggal di apartment, herba - limau purut, limau kasturi, pokok kari dgn daun pandan adalah pokok 'pasu' saya yang jadi landskap balkoni... perlu sangat ada... saya rasa tak berbaloi kalau nak memasak beli secekak daun limau/kari... pakai 2 helai... yg lain kering dlm peti ais... huh...

    kalau Sdr zicron21ck nak tanam, gunakan pasu besar sikit... utk tampung keperluan pokok - kalau pasu kecil nanti pokok senang kurus... skrg ni semua pokok2 tu saya dah alih ke tanah... dan pokok2 semua dah makin gemuk sbb dapat ruang lebih luas... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Lagi besar pasu, lagi kurang maintenance.

      Padam
    2. Memang tanam dalam pasu besar pun.... sekarang ni pun da mula berbunga dan mula berbuah.... bila nak kerat, untuk merimbunkan pokok rasa sayang sebab pucuk muda keluar sentiasa.... hehehehe

      Padam
    3. Wah dah berbuah. Yang saya tanam tak berbuah sebab tanam untuk daun. Asyik kena pangkas aja, mana sempat berbunga. :)

      Padam
    4. masa pokok limau saya dalam pasu, pun sempat berbuah tapi buah dia biasanya tak sempat besar, mesti gugur... sedih saya... tak tahu kenapa jadi begitu...

      skrg ni pokok yang sama tapi sudah dialihkan ke tanah, dah mula berbuah semula, tapi ambil masa lebih setahun juga selepas dipindahkan baru pokok hendak berbuah... sedang tunggu dapat tak buah dia membesar...

      buah limau purut - sedap diguna buat mandian... ;p

      Padam
    5. Buah luruh mungkin disebabkan kekurangan nutrien tertentu.
      Limau purut dijadikan ramuan untuk mandian, pasti fresh selepas mandi. Elok guna selepas berkebun. :)

      Padam
  6. daging goreng with daun limau purut? menarik tu.. pemilik lama ada meninggalkan sepohon limau purut di laman depan..agak rimbun tapi intai2 takder buah pun.. plannya nak buang sebab nak tanam eugenia tutup pagar keliling rumah tapi boss kata jgn...nanti buat masak tomyam..(tomyam??? kecut perut.....)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tomyam aja. Boleh guna sebagai perisa ketika menggoreng. Sedap. :)

      Padam
  7. saya nak tumpang tanyer....saya ader membeli herba inggeris dr cameron........semua herba inggeris saya hidup subur kecuali thyme...mati sikit demi sikit......herba thyme saya jenis yang bau seperti maruku(kuih raya india)...dimana silap nyer ye....dan dimana boleh saya dapatkn herba ini untuk ditanam.aidila.

    BalasPadam
  8. saya nak tye saya ada beli pokok limau purt.. memula ok je.. saya punda gunakan utk wat masak lagi.. tp smpi skang ni mcm nk kering nk mati jer... nape yek? utk pengetahuan, pokok tu ditanam dlm pasu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin pernah kering dan akar rerambut mati. jadi pokok gagal serap air secukupnya walaupun telah disiram.

      Padam
  9. pokok limau purut sy banyak daun tp xder buah...apa hrus dibuat untuk mendapat buah yg lebat tk

    BalasPadam
  10. pokok limau purut sy banyak daun tp xder buah...apa hrus dibuat untuk mendapat buah yg lebat tk

    BalasPadam
  11. Saya pernah terbaca, tapi dah lupa sumbernya. Limau purut ada dua jenis. Jenis buah yg lebat tapi daun kurang enak dibuat perisa dan jenis daun lebat kurang berbuah. Daunnya enak dibuat perisa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sejenis limau yang daun dan buahnya sama seperti limau purut. Tetapi daun lebih lebar dan buah kurang menggerutu. Limau ni dipanggil limau sundai. Buahnya sedap dibuat air.

      Padam