Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 10 Mac 2012

Cili Wangi Telah Pulih

Minggu lepas ada saya nyatakan pokok Cili Wangi telah diserang bena (aphid) dan lalat putih.  Kecewa juga ketika itu bila melihat buah-buah cili wangi yang lemau dimakan larva lalat putih.  Saya telah menyembur daun pokok dengan larutan pencuci pinggan, minyak masak dan air sebagaimana yang dipostkan sebelum ini.  Setiap helai daun disembur terutamanya bahagian bawah daun, dan buah dibuang.  Hari ini, seminggu kemudian, pokok Cili Wangi telah pulih.  Tiada lagi buah yang lemau.

Hari ini juga saya ternampak beberapa ekor kekabuh kura-kura (ladybird) singgah di atas daun.  Dengan kehadiran serangga tersebut, jumlah bena akan terkawal kerana kekabuh kura-kura makan bena.
 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semuanya dah ok..

    Yang paling menakjubkan saya ialah ianya diatasi tanpa menggunakan racun kimia.. Semuanya berasaskan alam semulajadi..

    Hebatnya kuasa Allah S.W.T. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya amat setuju. Kalau guna racun, bukan sahaja makhluk perosak yang mati, serangga lain juga turut menjadi mangsa. Ia seperti berangkai.

      Padam