Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 22 Mac 2012

Cerita Tentang Kailan

Dah dua minggu tak menjenguk sahabat pembekal benih.  Pagi ini sempat menjenguk.  Saya berkata, saya nak buat buku tentang cara penanaman kailan.  Saya nak benih yang terbaik.  Seperti biasa dia pucat, takut apa yang saya minta tak dapat dibekalkan.  

Kata sahabat saya tu, kailan baka OP (ada yang panggil baka Heirloom) ada beberapa jenis.  Ada yang daun besar tapi batang kecil.  Ia berasal dari Cina.  Baka OP yang batang besar tapi daun sedikit pun ada, berasal dari Korea.  Dari segi harga benih , yang batang besar, 30% lebih daripada baka dari Cina.  

Saya tanya lagi, "Yang daun besar dan batang besar?"  

"Oh itu baka 55 dan 117.  Dah dikongsi melalui blog tanamsendiri.com.  Itu baka hibrida.  Baka OP ada tak?"  

"Ada" jawab sahabat saya cemas.  

"Janganlah  minta baka itu, harganya mahal, dua kali ganda harga baka Taiwan.  Nanti saya rasa bersalah jual pada awak."  

Memang saya nak baka itu sebab nak kepilkan bersama buku.  Buku siri tanamsendiri akan hanya kongsikan benih yang terbaik yang mampu diperolehi.  

"OKlah, nanti saya pesan,  Bila dah tiba nanti saya telefon.  Minta deposit dulu 50%." 

 Adussss.... itu dah harga benih baka dari Korea.

Untuk bulan April saya akan kongsi benih Kailan baka Cina, yang mempunyai daun yang besar dan batang yang halus.  InsyaAllah bulan Mei, kita semua akan makan Kailan Ikan Masin.

Setakat ini, saya telah kongsikan 332 pek benih sawi menang.  Masih terdapat 168 pek lagi yang menunggu untuk dikongsi.  Jika ada di antara rakan-rakan yang masih belum menerima beih tersebut, sila hubungi saya (Iskandar) melalui emel: iskandar.abdulrashid@gmail.com untuk mendapatkan benih tersebut.
 

13 ulasan:

  1. dah terima benih sawi menang - terima kasih...

    sedang sediakan bekas utk semai sawi dan lain-lain benih se'geng' nye... mudah-mudahan hidup la hendaknya...

    BalasPadam
  2. saya pun dah semai sawi menang.... tengah memikirkan kat mana nak letak mereka semua sekarang ni....hehehe

    pokok peria pon pertumbuhan dia sangat ok... nampak elok je.. puas hati dengan biji benih ni. tadi da ambil kayu pancang lama(pokok petola dikorbankan sebab hasil sangatlah kurang memberansangkan, faktor kawasan tanaman tidak sesuai) esok tegakkan dan cari racun siput, utk elakkan dimakan oleh siput2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk racun siput, boleh gunakan pellet. Saya pula kutip lepas hujan, masa tu siput keluar.

      Padam
    2. itulah.... nak mencari barang pertanian ni susah betul... dulu ada tapi dah tutup sebab owner tanah nurseri nak pakai ke nak jual ke tak tahu la...

      siput ni keluar waktu malam2... da tengok tapi bukan mereka keluar serentak...banyak kali tanam dulu semuanya terkorban kerana siput...huhuh kadang2 rasa nak menangis pun ada... heheheh pokok kacang buncis tak pernah dapat tumbuh sebab asyik kene makan jer....

      p/s: Buku da ada dipasaran ke belum???

      Padam
  3. Semoga bertambah murah rezeki Tuan Iskandar kita ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, dan rezeki Sir Syahmi serta rakan-rakan yang lain juga.

      Padam
  4. Wah! Di mana agaknya nak dapat benih terbaik nanti kalau En Iskandar bersara dpd membantu dapatkan benih terbaik daripada pembekal benih

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah tak nak bersara dari bertanam sebab bertanam memang hobi sejak kecil. Lagipun bila bertanam, rasa lebih riang. Kontra dengan menulis buku teks yang rasanya terlalu menekan dan stress tahap maksima, terutamanya peringkat penilaian.

      Padam
  5. wah! terima kasih le sebab share benih-benih tu dengan kami.. at least dapat gak merasa pengalaman bertanam pelbagai jenis sayuran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah en. abd samad... dekat sinilah ruang kita menimba ilmu pertanian secara tidak langsung, disamping mendapat benih2 yang sangat berkualiti.

      syukur sebab jumpa laman tanamsendiri. semuanya tidak sengaja melalui carian satu pokok iaitu pokok laurus nobilis atau dikenali sebagai pokok bay (bay leaf)

      Padam
    2. Saya pun dah tak ada pokok tu. InsyaAllah minggu depan pergi cari lagi beberapa pokok herba dekat MARDI. Dah janji dengan pegawai yang terbabit. :)

      Padam