Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 10 Mac 2012

Bunga Tongkeng Tak Perlu Banyak Air, Betulkah Begitu?

Bila bincang-bincang tentang Pokok Bunga Tongkeng, lazimnya rakan-rakan akan kata pokok ni tahan.  "Kalau lupa siram pun tak apa.  Ia tahan."
 
Saya setuju tentang pernyataan tersebut.  Tapi kita tanam Pokok Bunga Tongkeng bukan hanya untuk menguji ketahanannya.  Pokkok Bunga Tongkeng ditanam untuk bunganya yang enak dimakan, iaitu digoreng bersama telur.

Saya perhatikan, bila pokok ini menerima banyak air, ia akan mula berbunga.  Pokok Bunga Tongkeng yang saya tanam, diakui terabai.  Saya tanam dalam pasu bersaiz kecil dan pasu tersebut digantung di pagar.  Oleh kerana kedudukannya yang tinggi, apabila anak-anak membantu menyiram, Pokok Bunga Tongkeng selalu dilupakan.  Nasib baik pokok ini tahan kering.  

Minggu ini, musim hujan mula kembali.  Bila menerima air yang cukup, pokok mula mengeluarkan bunga.  Bulanni dapatlah saya makan telur goreng Bunga Tongkeng.  :)
 

Pokok Bunga Tongkeng mula mengeluarkan bunga apabila mendapat air yang secukupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan