Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 14 Mac 2012

Blog Walking -- Teratak Impian Ibu

Akhir-akhir ni jarang melayari Internet, kecuali update blog tanamsendiri.com.  Hari ini sempat break dari rutin kerja, dan balik kampung.  Posting ini ditulis dari Chukai, Kemaman.  Pagi tadi ke Pasar Chukai, sambil-sambil makan nasi dagang cari benih.  Dapat tambah stok benih -- peria katak, salad jenis frilled, kailan baka cina (jenis daun bulat), kacang pea, celery, cili solok, dan beberapa jenis bunga.  InsyaAllah selepas uji pastikan benih bernas saya akan edarkan melalui blog ini.      

Di Kemaman, adik ada breed ikan sekilau (pelaga).  Dah lama dia buat bisnes ni dan saya kira teknik yang digunakan untuk biak ikan tersebut dah mantap.  Tapi dia buat secara kecil-kecilan sahaja, setakat optima, antara supply dengan demand.  Ikut musim, kadang-kadang dia biak hingga 15,000 ekor sebulan -- ikut demand.  Katanya di suppy tetap dalam 5,000 ekor sebulan kepada kedai ikan (pet store) berdekatan.  Sedang guide dia untuk tulis buku cara membiak ikan pelaga.  

Blog yang menarik perhatian saya hari ini ialah blog teratakimpianibu.blogspot.com   
Pemilik blog (Iman) ada postkan beberapa posting tentang tanaman yang di tanamsendiri.  Posting yang menarik perhatian saya ialah tentang tanaman kacang panjang.  Iman menanam kacang panjang di tepi pagar.  Nah, tengok sendiri hasilnya.  Pasti enak dibuat ulam.  Oh ya, sekarang rakan-rakan boleh cuba pelbagai jenis kacang panjang (baka memanjat) melalui tanamsendiri.com 

Laman teratakimpianibu.




11 ulasan:

  1. Selain kacang panjang, saya juga menanam timun, kacang buncis dan kacang kelisa di tepi pagar. Tak payah nak buatkan pancang, dah sedia ada. Ingat lepas ni nak cuba tanam tembikai dan labu pulak kat tepi pagar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Hebat. Saya pernah cuba labu manis, berat sampai chain link pagar terlucut dari tiang. Seronok tengok.

      Padam
    2. Mesti berat dan besar tu tuan :)

      Padam
    3. Tu lah. Bayangkan bila Sdri Dormadot tanam tembikai. Kalau menjadi, ....

      Padam
    4. Hehe, silap² kena naik pagar batu pula lepas ni..

      Padam
  2. Wah.. Balik kampung ye tuan.. Rindunya kat nasi dagang dan keropok lekor (terutamanya yang rebus).. Boleh lah tuan makan sepuas-puasnya... Hehehe..

    Otak-otak dan sata kuala kemaman pun sedap juga.. Kedai kat belakang Masjid Geliga.. Wahh.. Perut pun lapar dah ni.. Hehehe..

    Kirim salam saya pada warga Terengganu :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, owh sata kalau tak hujan petang ke Geliga. Sekarang dah mendung. Tapi dah tak senang duduk. Penerbit dah panggil balik. Tak dapat rehat lama. :(

      Padam
    2. Tapi masih boleh menikmati angin laut.. Huhuhu.. Mesti segar je rasa.. :)

      Padam
    3. Sekarang ni pun rasa segar. Tanda udara lembah Kelang banyak habuk.

      Padam
    4. Udara di Lembah Klang bukan sahaja banyak habuk, tetapi penuh dengan segala macam partikel-partikel berbahaya kepada manusia.. Dari bau asap karbon monoksida sehingga la bau tapak perlupusan sampah.. Sebab tu kita kena tanam banyak tumbuhan supaya dapat mengimbangi persekitaran kita :)

      Padam
    5. Amat setuju. Paling kesian, rakan-rakan yang ada asma.

      Padam