Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 1 Mac 2012

Benih untuk Professional Grower

Saya bertanam secara hobi sejak kecil lagi, tapi mula bermain dengan benih kira-kira 22 tahun yang lalu, di Kuantan.  Bila pindah ke Kuala Lumpur, saya mula cuba beberapa kaedah penanaman.  Ini kerana saya kagum bila melihat cara sesetengah kejiranan bertanam -- terutamanya di kawasan Ampang dan Pandan sekitar lewat 90an di milenia yang lalu.  Orang bandar memang pandai menghargai tanah, walaupun tak sampai sekangkang kera.

Dua tahun lepas saya ambil keputusan untuk mula bermain dengan benih secara serius.  Jadi saya mula membeli benih dengan kuantiti yang banyak, untuk dicuba.  Hanya benih terbaik akan diperolehi.

Pembekal benih mula naik gerun dengan jumlah yang saya pesan.  Benih yang mereka jarang jual kepada hobbyist dengan kuantiti yang banyak ialah benih sayur yang biasa ditemui di pasar.  Benih untuk "professional grower" kata mereka.  

Ini kerana mereka bimbang bila saya beli, benih tidak cukup untuk professional grower.  Kalau benih putus, grower tak dapat bekalkan sayur secara berterusan, mereka akan hilang customer.  Semuanya berangkai, macam domino.

Satu daripada benih yang mereka memang tak mahu jual pada saya ialah benih sawi biasa, iaitu sawi hijau/bakso, sawi batang putih, kangkung, dan cili kulai king.  Ini kerana sayur tersebut digemari oleh orang melayu, jadi grower dapat bekalkan secara berterusan kepada pasar dan kedai makan dalam kuantiti yang banyak.

Bila saya minta benih sawi biasa, mereka akan tolak.  "Belilah sawi eksotik, ini sawi bakso untuk professional grower sahaja."  pujuk pembekal benih.

Baru-baru ini saya cuba lagi luck saya.  "Itu sawi batang putih berapa harga?" sambil saya tuding jari pada katalog benih.

"Itu arrr, tak mau jual punya.  Kalau Encik mau, ambil semua satu tin besar.  Harga arr, mau itu empat angka, mau ka?"

"Ok, tolong angkat masuk kereta satu tin, itu kailan berapa harga?  Ni, saya bayar cash."  Saya keluarkan duit untuk bayar.
 
Pembekal benih ternganga, pucat.  Tergamam.

"Enchik cakap Encik hobbyist saja, tanah ada berapa hektar.  Itu volume arr, 10 hektar pun tak abis tanam." pujuk pembekal benih lagi.

"Tak apalah, saya bagi free pada hobbyist lain.  Cukup satu bulan habislah." balas saya sambil bergurau.  Saya dah biasa dengan pembekal benih ni.  Kali pertama kami berkenalan, dia masih kelek buku PMR.  Sekarang anak dia pula kelek buku PMR.
 
"Ini benih untuk professional saja oooo, bukan untuk hobbyist."  Sambung pembekal benih.  

"Saya professional juga, bukan professional grower tapi professional writer, yang tulis tentang cara jadi grower.  Walaupun saya grow sebagai hobby, buku saya tulis -- itu kerja professional.  Jadi saya pun kira professional grower juga, cuma saya tak jual sayur, saya jual idea.  Idea jadi buku, nanti professional grower boleh beli."

"Aiya, ini macam mana boleh!" Pembekal benih masih merungut.  Dia pulangkan separuh dari wang yang saya bayar. "Lu mau share, saya absorb sikit kos.  Nanti buku bawa sini saya mau baca."

Jadi untuk bulan Mac, kita akan kongsi benih Sawi Batang Putih.  Sawi baka Menang.

18 ulasan:

  1. Wahhh.. Tabik spring lah tuan.. X ramai yang boleh deal dengan tauke² besar nih.. Buku tu bila nak publish kat pasaran? Kalau dah publish nanti, war warkan lah dalam blog ni.. Saya nak booking satu buku tu.. Hehe..

    BalasPadam
  2. oh... patut la En.Is banyak benih pelik2... bukan la pelik sangat... maksud saya... klu saya cari kat kedai atau nurseri kdg-kdg takde pun benih yg saya nak... tapi En.Is ada pulak... itu la hairan... rupanya ada supplier baik punya...

    nak juga benih sawi putih tu...

    *saya book buku siap-siap satu naskah... ;p

    BalasPadam
  3. Baru saya tau rupanya ada benih hanya utk kelompok tertentu sahaja. Bermakna mereka yg bukan profesional grower mmg sampai bila pun x akan dpt benih tu kalau takde org mcm tuan. Terima kasih atas usaha tuan selama ini

    BalasPadam
  4. thniah n alhamdulillah... hanya Allah jua yg membls jasa tuan... amin...

    p/s: sy nk tempah bku encik yg ada signature

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. InsyaAllah, bila keluar nanti akan di warwarkan.

      Padam
    2. betul kata en.iskandar...
      professional writer...
      kami semua pulak proffesianal hobbyist..
      pi mai pi mai tang tu jugak...
      jgn esok2 tak da dah jual sawi menang ni kat market pasal benih semua dah kena angkut dengan en.iskandar kita.

      Padam
    3. He he, memang saya angkut semua hari tu. Tapi dia dah replenish. Tadi baru call, offer benih variety baru.

      Padam
    4. Nasib baik dah replenish, kalo x, x jumpa lah sawi menang ni kat pasar² borong. Hehehe..

      Padam
    5. Seronoknya membaca kisah di sebalik benih kongsi bulan ni. Terima kasih di atas usaha tuan, nanti saya akan pohon benih kongsi ni.

      Aikkk... tauke benih bukan setakat dah replenish, ada variety baru pulak tu? Benih apakah itu?

      Juga saya ingin tumpang bertanya, tuan ada jual benih celery tak? Juga benih cherry tomato?

      Padam
    6. Ada beberapa variety baru, termasuk petola segi dan timun jepun.

      Padam
    7. Saya perlukan f1 fybric seedles watermallon.jika ada sesiapa d kalangan tuan puan tahu d mana untuk dapatkan sila inform sy d talian 0145222847

      Padam
  5. itulah... Kadang2 rasa pelik sebab bila kita tanam pokok tu mesti tak seperti apa yang dijual. Rupanya ada istilah professional grower aka peladang...

    nasib ada orang yang baik seperti en. iskandar berusaha mencuba mendapatkan benih2 top class...Allah sahaja yang dapat membalas jasa en Is dan hanya doa yang saya dapat bantu agar usaha en. Is berterusan....

    bantuan lain mungkin dengan membeli, dan mempromosi blog tanam sendiri ni....

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana menyokong usaha saya serta doakan untuk keluarga. Semoga kita semuantya sejahtera. :)

    BalasPadam
  7. saya baru baca entri ni..ooo barulah saya tau,dulu masa saya muala menanam saya pun pelik, kenapa yg saya tanam rupa bentuknya tak macam dipasar.... contohnya bendi.kenapa bendi yang saya tanam cerah hijaunya tak macam bendi yang dijual..
    rupanye entri inilah jawapanye terima kasih en iskandar..:p

    BalasPadam