Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 11 Mac 2012

Benih Kacang Panjang

Sebelum ini saya ada perkenalkan dua jenis benih kacang panjang dari baka memanjat iaitu kacang panjang baka pendebungaan terbuka dan kacang panjang Silver White.  Kedua-dua jenis kacang panjang tersebut amat memuaskan hati kerana pokok yang dihasilkan tahan penyakit dan mengeluarkan hasil dengan cepat.  Dari segi rasa juga tak kurang hebatnya.  Saya begitu berpuas hati dengan kedua-dua jenis benih tersebut sehingga saya tidak terlintas untuk menambah jenis yang baru.  

Namun begitu, saya telah diperkenalkan dengan beberapa variety baru yang agak menarik.  Sebelum ini saya tidak masukkan benih kacang panjang yang baru, tatpi kini merasakan masa untuk perkenalkan variety baru telah tiba.  Hari ini saya perkenalkan tiga variety baru iaitu Green Arrow, red light long dan green crane.  Ketiga-tiga kacang panjang ini mempunyai biji benih dengan warna atau corak yang berbeza.  Kacang panjang Green Arrow mempunyai benih berwarna putih seakan-akan benih Silver White, manakala kacang panjang Red Light Long mempunyai benih dengan warna bertompok.  Kacang panjang Green Crane pula mempunyai biji dengan warna yang gelap. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan