Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 22 Mac 2012

Benih Jagung Manis Silver Strike Kehabisan Stok

Benih Jagung Manis Silver Strike buat masa ini telah kehabisan stok.  Terima kasih kerana sambutan yang menggalakkan.  Diharapkan ramai rakan-rakan akan menikmati jagung panggang tanamsendiri.  Saya perhatikan akhir-akhir ini ramai rakan-rakan yang memesan benih jagung manis.  InsyaAllah, bila dapat batch yang baru saya akan masukkan semula benih tersebut ke dalam senarai "Benih Untuk Dijual."  Benih Jagung Manis Top Star masih ada dalam stok.

Untuk makluman rakan-rakan, saya baru saja mendapat pek besar benih jagung manis baka Honey Jean.  Ia menghasilkan pokok dengan ketinggian 110 to 150 cm dengan buah berat purata 200g, sepanjang 18 hingga 20cm.  Setiap buah mengandungi 20 baris biji yang lemak manis.  Tuaian dalam masa 60 hingga 65 hari selepas disemai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan