Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 20 Mac 2012

Alatan -- Water Timer

Water Timer boleh dipasang terus pada paip untuk sistem titis (drip).  Waktu tetesan boleh disetkan dari 1 hingga 120 minit.  Model ini boleh buat 1 sistem titis.  Ada sistem yang boleh disambung ke 2 sistem titis.  Alat ini menggunakan bateri saiz AAA.

Water Timer, sesuai untuk programkan sistem tetes.




Bahagian belakang, padan dengan paip biasa.

7 ulasan:

  1. Salam tuan, mana tuan beli alat ni? Saya ada survey juga.. Tapi x jumpa..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Itulah masalahnya. Saya perhatikan alat ini ringkas sahaja. Ia dijual dengan harga RM180++. Yang ada dua timer dan 2 outlet, RM220++. Kalau untuk kawasan kecil, kira oklah sebab alat ini ada waranti 1 tahun.
      Kalau difikirkan tentang hasilnya, kira oklah sebab tanaman tidak akan kekeringan lagi. Cuma kalau hari hujan... akan terlebih air. Ada satu lagi jenis timer yang dibenamkan sistem mengesan air (hujan). Tapi itu lagi mahal. Hari tu, gatal juga tangan nak ambil. Tengoklah di masa yang akan datang...
      Ini belum lagi masuk saluran titis, baru water timer. Saya ada juga beli kit titis. Sebenarnya boleh dibuat sendiri, tapi saya perlukan sample, jadi saya beli juga kit tersebut.
      Sebenarnya bagi rakan-rakan yang suka bertukang dan minat elektronik, water timer dan kit titis boleh dibuat sendiri. Alat-alat boleh diperolehi di kedai-kedai komponen elektronik di jalan pasar, dan salur PET boleh diperolehi di kedai harware.
      Saya pula dah lama tak mengajar. kalau masih mengajar, boleh dijadikan projek untuk pelajar-pelajar mekatronik.

      Padam
    2. Wahh, panjang lebar penerangan Tuan.. Hehehe.. Tu la pasal, hari tu saya ada survey juga timer jenis ni tapi semuanya RM180++.. Tu yang termenung gak.. Hahaha.. Ingat kalau RM100 ke bawah, nak juga sambar satu :).. Untuk sistem tu, boleh juga guna getah paip biasa.. Lagipun paip poli 16mm dijual dengan harga 30sen sekaki.. Dripper 'L' dan microtube pun x lah mahal sangat.. Untuk peralatan paip ni lebih kurang RM50 ke bawah je.. Yang buat mahal tu, timer dan pam (kalau ada).. Lain-lain, dalam bajet untuk hobbyist macam kita ni..

      Kalau tuan nak lakaran bagaimana untuk setup sistem fertigasi atau saya panggil sistem siraman automatik ni, saya boleh emailkan.. :)

      Anyway, good luck tuan.. X sabar saya nak tunggu perkembangan patch tuan tu.. :)

      Padam
    3. Saya poskan manual tu pada tuan dalam masa terdekat ni :)..

      Padam