Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 1 Mac 2012

Ada Jual Baja Organik Tak?

Pagi ini saya ada terima SMS daripada pengunjung blog, bertanyakan samada saya ada jual baja organik atau tidak.  Ketika baca, Puteri kesayangan tarik-tarik tangan ajak keluar ke laman, nak kutip bunga telang.  Dalam keadaan begitu, saya terdelete mesej.  Alamak!  Kepada rakan yang SMS mesej tersebut, minta ampun.  Minta hubungi semula kalau terbaca posting ni. :(

Sebenarnya saya ada terima banyak enkuiri tentang baja organik.  Biasanya saya jawab "tak jual" kerena cerewet ke pejabat pos untuk kirim bungkusan.  Kena beratur!  Lagipun baja tak banyak.  Maklum sajalah, buat sendiri.  Kalau kirim benih, saya drop ke dalam peti surat aja. :)  Tak perlu beratur.

Saya memang ada buat baja sendiri, menggunakan rumpai reput dan skrap dapur.  Sekarang ni adalah baki sikit-sikit.  Dulu saya ada bela arnab dan proses tinjanya menggunakan cacing tanah.  Bajanya memang menjadi, tapi sekali buat hanya dalam 50 liter aja.  Maklum sajalah tinggal kawasan perumahan orang-orang elit.  Jiran kurang senang dengan tong dan tanaman edible dalam laman.  Tak cantik, walaupun tiada kena-mengena dengan mereka.  Ada dua kali pegawai bandaran datang kacau sebab ada oprang komplen.  Mula-mula ada juga saya menjawab, eh tanam pokok dalam laman sendiri pun boleh kena kompaun ker?  Pegawai balik.  Dua hari lepas tu datang lagi dengan kompaun "kacau ganggu."  Begitulah hidup berjiran.  Tak salahkan pegawai tu, dah orang komplen, mereka kenalah bertindak.  Ada orang tak suka tengok pokok sayur subur dalam laman.  Mengganggu ketenteraman jiwa mereka.

Huh dah merewang ke lain pulak.  Ok, balik semula pada topik kita, "Ada Jual Baja Organik Tak?"  Saya memang ada buat baja organik sendiri.  Ada niat nak jual.  Baja tersebut memang berkesan.  Tengoklah sendiri tanah yang saya tanam labu air ditabur dengan baja tersebut.  Akar baru tumbuh terus sedut nutrien dari baja tersebut.  Tak sabar pokok tu tunggu baja resap dalam tanah.  Di hantar akar naik ke permukaan dan serap nutrien.  Macam tak percaya aja, tapi benar.

Akar tumbuh berceracak menyerap nutrien daripada baja organik.  Gambar diambil guna kamera hp, tiada versi resolusi tinggi.
Kuantiti baja tersebut tak banyak.  Buat sendiri di kawasan perumahan, mana upaya nak buat banyak.  Dalam stok ada kira-kira 20 kilo aja.  Saya pun belum setkan harga.  Cara nak kirim pun kena fikir dulu.  Kang terbarai kat pejabat pos kesian posman bersihkan baja organik.  Bau baja organik bukannya tak tau, orang bertanam aja boleh tolak ansur.  

Mungkin saya boleh tunjukkan cara nak buat baja tersebut.  InsyaAllah dalam posting di masa depan.  Banyak juga topik yang saya nak bincangkan. 


18 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Boleh buat cerpen, cerita tuan ni..kena kompaun hanya nak bercucuk tanam dalam halaman sendiri, pemikiran manusia akhir zaman, bersabarlah..

    Hadis nabi saw 'sesiapa yang menanam tanaman lalu di makan oleh manusia, binatang atau burung maka dia mendapat pahala sedekah'...renungan bersama.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Iskandar,

    Biasa la perangai manusia macam tu.. Saya pun dah banyak tengok dan jumpa manusia² seangkatan dgn ni.. Tapi la, yang amat memalukan, semuanya bangsa kita juga.. Pelik tetapi benar.. Itu la hakikat.. Huhuhu..

    Tuan, saya pun ada bela arnab jugak.. Tp, mengikut pengamatan saya, kalau kita terlebih beri tinja arnab ni pd pokok, leh menyebabkan pokok mati.. Mungkinkah sebab terlalu panas atau terlalu beralkali disebabkan kencing arnab tersebut?

    Mohon pandangan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, jangan buat baja secara terus. Mati pokok. Saya gumna tinja arnab sebagai makanan cacing tanah. Bila dah hancur macam serbuk kopi, baru diguna sebagai baja.

      Padam
    2. Oh, baru saya faham.. Saya x guna secara terus, cuma saya gunakan kaedah jemur dibawah matahari selama seminggu sebelum digunakan.. Mungkin saya boleh praktik kan pengunaan cacing tanah sebagai ejen pengurai..

      Terima Kasih atas nasihat tuan.. :)

      Padam
  3. sy tinggal di komuniti cina...belakang rumah ada tanah rezab sungai...berebut2 org nk bertanam..cina line depan rumah tak ada tanah rezab tu, tapi corner lot siap tanam pokok jambu, longan, betik, kepala, nangka dsb kt keliling tanah tepi (luar rumah), kt dlm rumah dia buat aquaponik lagi, tanam sayur...hhmm..sungguh berbeza..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sesuai tinggal di kawasan yang macam tu. Boleh join berebut sama. Sebab itulah saya pilih Semenyih-Rinching. :)

      Padam
  4. Mungkin bangsa kita belum tahu berbudi pada tanah.. Sedangkan kita lah yang melahirkan pepatah "Jika Kita Berbudi Pada Tanah, Hasilnya Pasti Lumayan"..

    Renung²kan dan selamat bercucuk tanam.. (Pinjam ayat Tuan Iskandar) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saya setuju, kalau berbudi kepada tanah, hasilnya pasti lumayan.
      Yang beri masalah pada saya tu hanya seorang sahaja.
      Tak adil menyalahkan bangsa hanya kerana seorang dari bangsa tersebut berhati busuk.

      Padam
  5. lepas ni En.Is hadiah la sayur2 yg ada kat jiran2 yg buat komplen tu... sure diorg terharu... diorg teringin tapi tak nak buat... itu la jd iri hati... klu En.Is share kan hilang la iri hati nya tu... insyaAllah...

    dulu kat pagar belakang rumah saya pokok kcg botor subur sangat banyak buah... sampaikan ada org datang ambil buah2 yg diluar pagar... masalahnya... sy mmg dah tak kesah - buah banyak tak termakan... tp org ni pun satu hal... main petik je bukan nak beri salam minta izin ke tegur hai-hai ke... sungguh saya tak faham... manusia ni... macam-macam perangai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Saya dah tak tinggal di situ. Saya gembira sebab dah tak der jiran macam tu. Dia pun gembira sebab rumah yang saya tinggal dulu dah naik semak dan lalang. Tak ada lagi sayur.

      Untuk rakan-rakan yang ingin buat baja organik sendiri, cara buat baja menggunakan rumpai dan lalang reput telah ada saya bincangkan sebelum ini. Untuk kaedah buat baja organik guna tinja arnab, sampah dapur dan cacing belum dimasukkan lagi.

      Padam
  6. saya pun nak kongsi dua perkara...
    1. saya ada buat baja organik guna sisa dapur, sayur dan buah sahaja..campur dengan gula merah.. kemudian peram tiga bulan... insyaallah bulan ni akan masak la baja tu..

    2. jiran saya lain pula ceritanya.. malas menanam rajin memetik...kalau pokok dah besar tak la kisah sangat... tapi yg sedihnya pokok dalam pasu semaian pun habis tinggal batang je.. daunnya semua dah kena kebas...sedih. kadang-kadang hampir putus asa nak menanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Satya pernah terbaca cara tu. Saya rasa ada satu kumpulan belia di Sabah amalkannya. Mereka campur yis.

      2. Yang mengambil selalu ada. Biasanya kalau terserempak, saya bagi mereka benih.

      Padam
    2. kalau yang fermentasi punya saya ada pdf nya...

      banyak diceritakan membuat baha dengan kaedah fermentasi dari 1 sampai 4.... guna nasi boleh, ikan, buah2an dan sebagainya... nanti saya cari balik pdf dan berikan kepada en iskandar untuk kongsi bersama... itu saya dapat dari mana ntah da lupa... rasanya laman web pertanian perak agaknya...

      Padam
    3. Owh, boleh juga. Nanti kita kongsikan melalui blog ini. :)

      Padam
  7. En is blh kongsi cara buat baja dari serbuk kopi? Saya ada 2 bag serbuk kopi dari starbuks tapi xtau nak buat baja.last month saya bubuh serbuk kopi direct kat tanaman saya jadi kuning.maid sya kata panas.saya pernah buat baja kompos dlm tong btutup tapi jadi berulat dan sgt busuk aka xmenjadi.Laila shah alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serbuk hampas kopi boleh ditabur terus ke atas tanah. Jangan kena pd batang pokok bimbang naik kulat.
      Kalau buat baja kompos pastikan ia di kacau selalu supaya udara masuk. Penguraian tanpa oksigen membebaskan gas yang busuk. Kalau ada oksigen gas busuk tidak dibebaskan. Jangan kompos sisa makanan yg telah dimasak. Ia menarik perhatian lalat dan tikus.

      Padam
  8. Mohon maaf. Posting iklan ke ruangan ulasan tidak dibenarkan. Jika ingin menjual produk berkaitan dengan berkebun di rumah, jila hubungi pemilik blog. SMS/WhatsApp 0175009364

    BalasPadam