Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 8 Februari 2012

Tempat Baru

Setelah sebulan sekolah dibuka semula, kami terpaksa membuat keputusan untuk ke tempat yang baru demi keselamatan dan keselesaan anak-anak yang bersekolah.  Setelah berapa hari mencari kami telah ditemukan dengan paradise yang baru.  Jadi, mulai 1 Febuari 2012, inilah tempat kami.  Azam kami, walaupun rumah ini berada di lot tengah, ruang yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya supaya kami sekeluarga dapat menjamah sayuran yang ditanam sendiri.  Kami juga akan catatkan jisim setiap tuaian untuk dijadikan rujukan di kemudian hari.

Hari ini dah seminggu kami di sini.  Alhamdulillah, dah dapat tuai sayuran yang ditanam dalam bekas.  Sayur belum disemai di atas tanah.  Saya masih sibuk dengan penulisan buku.  InsyaAllah bila ada ruang masa akan mula merancang penggunaan ruang.

Beginilah rupa ruang pintu pagar ke rumah yang bakal diduduki.

Lot tengah, walaupun tanah sekangkang kera akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Ada kolam, walaupun kecil permukaannya, air dalam.  Perlu fikirkan langkah keselamatan terutamanya Puteri.  Buat sementara ini telah diisi dengan patin dan koi. 

Ada ruang setentang dengan rumah. Bagus juga ni. :)

Setelah mendapat kunci, ruang dikerjakan menggunakan mesin rumput.  Sekejap aja, semua beres.

Ruang bakal dipenuhi dengan sayur.

7 ulasan:

  1. Kalau buat batas naik (raised beds) ok juga ni. Tak sabar saya nak baca lagi apa perkembangan encik dengan rumah baru encik. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanng rancang nak buat raise bed. Buat sementara, tanam dalam bekas dulu. Masih struggling dengan projek buku. InsyaAllah bila selesai projek, akan mulakan buat raise bed.

      Padam
  2. melalui pembacaan dan pengamatan saya, mcm dah beberapa kali lokasi bercucuk-tanam telah berpindah, betul ke telahan saya ni :D

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. kalau begitu, apa jadi dgn tanaman yg belum dituai sblm berpindah? Bagaimana dgn tanaman yg besar2 spt pokok betik dan seumpamanya

      Padam
    2. mesti sedih yang amat nak tinggalkan pokok2 tu semua... pandai-paidai la depa jaga diri harapnya

      Padam