Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 Februari 2012

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 10 daripada 10

Saya telah bincangkan tentang manfaat Sistem Buddy.  Manfaat yang paling ketara ialah sesetengah pokok boleh dijadikan seperti "abang" yang akan menjaga pokok-pokok adik daripada diganggu makhluk perosak.  Pokok yang dijadikan abang termasuklah pokok herba seperti tulasi, rosemary, serai, kemangin, selasih dan kesom.  Pokok bunga yang mengeluarkan bau seperti marigold dan lantana pun juga boleh dimanfaatkan sambil mengindahkan patch tanaman.

Pokok seperti cili dan kari, walaupun cili pedas dan kari berbau kuat tidak sesuai dijadikan abang kerana "pedas" cili menjadi penarik lalat buah dan daunnya menjadi kegemaran lalat putih.  Daun kari pula menjadi kegemaran ulat bulu.  Kalau ditanam dekat dengan pokok lain, kita seperti mempelawa makhluk perosak ke tanaman yang lain.

Satu lagi tanaman yang saya dapati boleh dijadikan buddy kepada tanaman sayur ialah pokok Ulam Raja (Cosmos caudatus).  Sayur yang ditanam berdekatan pokok Ulam Raya tumbuh dengan segar tidak terusik.

Pokok Ulam Raja berupaya melindungi pokok sayur di sekelilingnya daripada serangan serangga makhluk perosak.

Tanaman sayur yang ditanam dekat dengan pokok Ulam Raja sempurna daunnya.
Rakan-rakan pengunjung boleh mencuba dengan pokok yang lain.  Diharapkan apabila menemui pokok yang sesuai dijadikan "abang", dapatlah dikongsikan bersama melalui blog ini agar dapat dimanfaatkan bersama.

9 ulasan:

  1. betul... ulam raja ada bau yg tak disukai serangga... saya perasan tanaman kobis saya elok je bersebelahan dgn ulam raja...

    satu lagi tanaman selom dengan kunyit... dulu pokok kunyit saya tak sempat naik - daunnya habis dimakan ulat... skrg molek je tumbuh... tapi susah sikit la nak korek isi kunyit sbb terlindung dgn selom... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Oh patut la selom saya baru menjadi tahun ni. Rupanya saya tanam dekat dgn daun kunyit. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.

      Padam
    2. Daun selom kalau menjadi cepat pertumbuhannya. Murah rezeki. :)

      Padam
  2. bagus info ni..akan salin sbg rujukan. Thank you! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kerana info dapat dimanfaatkan. :)

      Padam
  3. Satu idea yang boleh dimanfaatkan , insyaallah nanti boleh beritahu Hang Kebun , saya...Berminat juga nak belih benih2 sayur nti akak PM

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas infonya... Saya baru tahu dan kebetulan memang saya ada tanam ulam raja ... nanti saya nak try letak ngan sawi :)

    BalasPadam