Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 25 Februari 2012

Tanah Mana Yang Sesuai, Tanah Berasid atau Beralkali?

Macam dalam kelas kimia lah pula.  Asid, alkali... kalau dalam kelas, murid takut, sebab asid dan alkali menghakis kata mereka.  Asid atau alkali dalam tanah taklah sampai menghaskis.  Kalau asid, asid lemah aja.  Cuka dan limau nipis lagi kuat dari keasidan tanah.
Kebnayakan tanaman sayur tumbuh subur di dalam tanah yang neutral, iaitu asid tidak, alkali pun tidah.  Kalau berasid pun, sedikit aja.  pH tanah yang sesuai ialah antara pH 6.0 hingga pH 7.0.  Ini kerana pada pH ini kebanyakan nutrien dalam tanah dapat diserap oleh tumbuhan.  Apabila tanah semakin berasid atau beralkali, kebanyakan nutrien tidak boleh diserap oleh tanaman.
Untuk artikel seterusnya saya akan posting tentang cara melaraskan pH tanah.  Terdapat 18 posting dalam siri ini.  Melalui posting tersebut anda akan dapat ubah pH tanah mengikut kesesuaian.   

2 ulasan:

  1. Betul tu. Berdasarkan apa yang saya belajar dalam kelas kesuburan tanah, pH optimum untuk tanah di Malaysia adalah antara 5.5-6.5. Kurang atau lebih mungkin akan mendatangkan masalah kepada tanaman nanti. Tak sabar saya nak baca penerangan lanjut dari En. Is.

    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akan disegerakan. Masih dalam bentuk lakaran. :)

      Padam