Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 14 Februari 2012

Serangga Makhluk Perosak

Bila perpindah ke tempat baru atau bila mula menanam, kita tidak akan lepas dari serangan makhluk perosak, terutamanya serangga.  Ada serangga yang memakan daun, ada serangga yang menyuntik telur ke dalam buah.  Apa pula serangga yang tidak merosakkan daun tetapi menghasilkan larva, misalnya ulat bulu yang memakan daun.  Kebiasaannya begitulah.  Bila mula menanam, makhluk perosak akan bertemu sumber makanan yang baru, jadi semua akan datang berkunjung dan meratah.  Kita hanya perlu bersabar sehingga pemangsa kepada makhluk tersebut sedar ada makanan yang enak di laman kita.  Pasti selepas itu bilangan serangga perosak akan berkurang.  Sementara itu perlulah kutip ulat-ulat tersebut, atau sembur cecair sabun campur minyak yang pernah saya poskan ramuannya dulu untuk menghapuskan ulat tersebut.
Dalam masa satu hari, daun-daun pokok kacang buncis diratah ulat bulu.  Spesies makhluk perosak tersebut belum ditentukan.

Bila memeriksa daun, perhatikan di bawah daun, biasanya makhluk perosak berlindung di bawah daun.

Perhatikan jika terdapat bintil-bintil hitam, iaitu tinja makhluk perosak.  Kebiasaannya kalau ada bintil hitam, adalah makhluk perosak bersembunyi.

14 ulasan:

  1. Salam,

    untuk menghindarkan serangan serangga, cuba gunakan bawang putih yg dikisar (1 ulas bawang + 1 liter air)ataupun Neem Oil (50ml + 10 liter air) dan semburkan disebelah petang. Insyallah akan kurang serangga. Saya sedang gunakan kaedah ini di kebun cili saya. Kaedah racun organik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin bercerita bahwa dulu ya saya seorang penjual es kuter dan.pendapatanya
      tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
      informasi dari teman Saya bahwa AKY~REKSOSANJOYO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus. ingin bercerita bahwa dulu ya saya seorang penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa
      akhirnya saya ikuti 4D nya Saya ingin bercerita bahwa dulu ya saya se orang
      penjual dan alhamdulillah meman bener-bener terbukti tembus.
      saya sangat berterimakasih banyak kpd aky reksosanyojo.atas bantuan AKY saya sekarang.
      sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
      usaha matrial dan butik pakaian muslim.
      Jika anda mau buktikan silahkan HBG AKY ATAU SMS DI nomor ;082 322 216 958 atau KLIK DISINI

      Padam
  2. pokok kacang buncis tiada buddy yg sesuai ke tuan?

    BalasPadam
  3. itulah kadang2 sakit hati menanam ni... sayur2 juga dikerjakan... kadang2 rumput rampai banyak, kenapa diorang tak makan...heeheh

    sampaikan pokok kacang pea saya togel da tinggal batang utama je... cari mahkluk perosak tu tak jumpala plak...huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Ia sesuai ditanam dengan jagung, sawi dan sayur daun yg lain sebab pokok ni pengikat nitrogen. Satu pokok ini aja yang sempay dimakan. InsyaAllah pokok akan pulih semua dalam masa seminggu. Nanti akan saya letakkan pokok thulasi dekat pokok2 ni. Masalahnya pokok thulasi yg baru disemai masih sangat kecil.

      Lagipun, bila masuk kawasan baru atau berlaku perubahan musim, serangan begini adalah biasa. Tapi masalah ni tak lama.

      Padam
  4. masalah saya, pokok cili kena serangan afid (betul ke? daun ada putih2 kat bawah tu). banyak plak tu.
    dulu gunakan bawah putih + air, sembur kat pokok cili tu.
    sekarang guna serai wangi (cecair dalam botol beli kat supermarket) + air.
    masih gak pokok cili kena serangan tu.

    boleh share lagi tips2 lain untuk elakkan serangan tu, kalau boleh biar guna cara organik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangga putih seperti kupu-kupu kecil dikenali sebagai lalat putih (whitefly). Semburan digunakan untuk membunuh atau menghalau serangga yang telah singgah tetapi tidak menghalang serangga yang lain untuk berkunjung. Ia adalah penyelesaian sementara.

      Saya ada poskan rumusan untuk membunuh/atau menghapuskan serangga kecil seperti lalat putih dan bena. Rumusan tersebut menggunakan air dan sedikit cecair pencuci pinggan dan minyak masak.

      Saya tidak syorkan penggunaan bawang putih atau cili di dalam rumusan tersebut kerana ada makhluk perosak yang gemarkan bawang putih dan cili. Kalau terbau bahan tersebut pasti mahkhluk perosak tersebut akan berkunjung.

      Selain daripada menyembur secair sabun+minyak masak, untuk menghalang lalat buah yang baru daripada berkunjung, tanam tulasi di antara pokok cili. Bena dan lalat putih bencikan bau tulasi. Dalam banyak-banyak tumbuhan yang saya cuba, tulasi paling berkesan.

      Kalau gunakan serai, saya dapati serai biasa lebih berkesan daripada serai wangi.

      Padam
  5. Ada satu produk yg saya gunakan untuk ladang komersial saya - "Green Patrol" memang berkesan untuk lalat putih. Tapi susah skit nak cari. Sekarang saya cuma gunakan neem oil (kedai india ada jual - aka Margosa Oil) - sukatan campur dengan 10ml sabun cuci pinggan dengan 50ml neem oil. Alhamdulillah whitefly sudah berkurangan.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. nanti saya akan cuba gunakan campuran minyak masak + cecair sabun dahulu..

    minyak neem pun saya pernah baca sebelum ni untuk menghalang serangan pada pokok cili.

    ---

    Link untuk ramuan semburan tu.. kalau ada sesiapa lagi yang perlukannya.. http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

    BalasPadam
  8. pokok kacang buncis saya pun jadi cam gini. habis hampir semua pokok kacang buncis dikerjakan. tapi dalang disebaliknya tak pernah saya jumpa, tapi bintil2 hitam tu memang ada. jika kita masih belum jumpa makhluk perosak tu apa perlu kita buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangga ini tidak menyorok di waktu siang. Kalau tinggal bukti aja, mungkin telah dimakan pemangsa.

      Padam
  9. Saya tidak sangka, ketika membersihkan tanah untuk dibuang rumput dan akarnya, terlihat daun anak pokok bunga matahari yang telah dialih berlubang-lubang; teringat artikel ini, bila ditinjau di bawah daun, terlihat ulat bulu ini.

    Cuma saya tidak sempat nak ambil gambar utk rekod, dah agak ptg, perlu segera siapkan kerja :)

    Info ini membantu saya 'menyelamatkan' anak pokok bunga matahari. Terima kasih En Is.

    BalasPadam