Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 15 Februari 2012

Saiz Bunga Matahari Ikut Saiz Bekas

Saya perhatikan pokok bunnga matahari, kalau inginkan saiz bunga yang besar, perlu ditanam di atas tanah tempat akarnya bebas tumbuh jauh.  Kalau tanam di dalam bekas, saiz pokok dan saiz bunga ada kaitan dengan saiz bekas.  Lebih besar pasu, lebih besar saiz bunga.  Ini mungkin kerana kalau pasu kecil, lebih sedikit kandungan baja dan air.

Saiz bunga besar apabila pokok ditanam di dalam pasu besar.

Saiz bunga kecil apabila pokok ditanam di dalam pasu yang kecil.

9 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan,

    bunga matahari dlm gambar ini sama tak benihnya dgn.bunga m.hari yg.tuan kirimkan dgn saya tempohari? gambar bunga dah saya kongsikan dlm entry di blog saya.Kelopak dalm gambar ni macam tak mekar memang begitu ke? berbeza benar dgn.yg saya tanam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih yang saya kirim pada Mas dulu baka tempatan, benih OP. Yang ini benih mixed color. Kelopak bunga yang ini nipis sedikit dan warna nya ada bintil2 halus berwarna merah.

      Pokok ini tumbuh semula daripada tunggul yang telah dimakan kambing akhir tahun lepas. Saya ada tunjukkan gambar baki batang pokok selepas dimakan kambing dulu. Waktu itu, terguris juga bila lihat keadaan pokok, tapi saya biarkan ia tummbuh semula. Inilah hasilnya. :)

      Padam
  2. Salam En. Iskandar,

    Terima kasih untuk benih2 sunflower yang dihantar dulu. Semua dah di tanam dan berbunga. betul apa yang dikatakan. saiz bunga akan ikut saiz bekas. Saya dah buat eksperimen. Bunga sunflower yang ditanam direct atas tanah lebih besar sehingga lebih satu tapak tangan orang dewasa. Dan yang dalam pasu agak kecil bunganya.May be ruang untuk akar berkembang too limited.
    Mmg betul2 happy coz satu impian saya nak tanam sunflower dah tercapai. Cabang2 baru juga banyak compare yang ditanam dalam pasu. Nanti saya akan kogsikan gambar di dalam blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Alhamdulillah gembira mendapat tahu benih yang ditanam Azreen Afiza dan Puteri Purnama menjadi.

      Padam
  3. Tahniah buat semua yg telah berjaya menanam benih pokok ini sehingga telah mengeluarkan bunganya. mesti cantek kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih menggembirakan lagi bila anak-anak jiran datang berkunjung sebab nak tengok sunflower. Seronok mendenngar perbualan mereka sesama sendiri tentang sunflower.

      Padam
    2. betul tu tuan. jika di rumah saya, rasanya anak-anak pasti canang satu kat kawan2 tentang bunga yg kembang mekar. cuma takut Cik Mon datang rosakkan je :D

      Padam
  4. wah, cantiknya sunflowers! saya teringin nak tanam bunga yang berbagai warna. insya-Allah nanti saya akan beli benih sunflower ni dari En. Iskandar, dan beberapa benih lagi yang masih dalam pertimbangan. banyak yang nak dipilh ni. hehe

    BalasPadam