Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 9 Februari 2012

Resepi -- Sup Itik

Sup itik enak dimakan bersama roti sambil menonton movie seisi keluarga.  Resepi yang diberi adalah untuk hidangan 10 orang (keluarga besar).  Itik yang kami gunakan ialah itik yang dibela sendiri, jadi kandungannya kurang lemak.  Kalau beli itik yang dibeli di pasar perhatikan dibawah kulit.  Kalau lemak terlalu banyak, buang lemak terlebih dahulu.

Untuk kurangkan bau itik, potong bahagian tongkeng dan buang sebelum dimasak.

Bekas Memasak
Periuk tekanan.

Ramuan

5 ulas bawang putih 
5 cm (1 1/2 inci) halia
1 biji bawang besar
10 bunga cengkih
2 bunga lawang
5 cm (1 1/2 inci) kulit kayu manis
1 sudu besar garam
1 ekor itik dipotong kecil, buang bahagian tongkeng
4 sudu besar minyak masak
1 cawan daun sup
1 cawan sayur tanam sendiri (sayur putih, lobak putih besama daun, sawi bunga) ikut sayur yang ada.
2 liter air

Caranya
1. Tumbuk atau kisar bawang putih bersama halia.
2. Mayang (hiris) bawang besar.

3.  Panaskan periuk tekanan (jangan tutup) menggunakan api sederhana.  Masukkan minyak.
4. Apabila minyak masak telah panas, tumis bawang putih dan halia hingga garing.
5. Masukkan bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis.
6. Tumis hingga bawang besar berwarna kekuningan, iaitu selama 2 hingga 3 minit.

7. Dengan berhati-hati, masukkan air ke dalam periuk kira-kira 1/4 aras periuk.
8.  Masukkan daging itik.
9.  Tambahkan air sehingga ke paras 2/3 periuk.
10.  Masukkan garam.

11.  Tutup periuk dengan penutup dan pastikan ia kedap.
12.  Apabila wap mula keluar, maksudnya air telah mendidih.  Teruskan pemanasan selama 15 minit.

13.  Tutup api buka penutup wap (yang bulat setongkol pada penutup periuk).  Awas, wap panas.  Jangan buka tutup periuk.  Biarkan selama 15 minit untuk pastikan tekanan dalam periuk sama dengan tekanan udara di luar.
14.  Selepas 15 minit, buka tudung periuk dan tambahkan daun sup dan sayur tanamsendiri.  Kacau hingga rata.
15.  Hidangkan bersama roti.

 

 

4 ulasan:

  1. mesti try weekend ni..terima kasih atas perkongsian..selalu masak gulai je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)
      Sedap. Kalau di rumah saya, satu periuk licin bila semua anak balik.

      Padam
  2. Saya pulak tak pernah masak itik. Nak mencuba pun tak berani lagi. Setakat ni ayam je la menjadi santapan di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa daginng itik kuat sedikit. Itu yang menyebabkan kurang popular. Tapi kalau masak kari pekat, gulai atau soup memang best.

      Padam