Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 27 Februari 2012

Gambar Hari Ini -- Salad Pepperomia

Salad Pepperomia dikatakan antara salad yang paling enak kerana daunnya yang rangup dan rasa yang pedas-pedas sedikit.  Seminggu pokok ini terabai kerana kesibukan sedangkan sekarang musim panas.  Pokok tumbuh memenuhi bekas gabus menghasilkan daun kecil kerana telah "bolting".  Pokok tersebut akan dipotong dan benihnya akan disimpan.  Untuk rakan pengunjung yang ingin menanam Salad Pepperomia, benihnya boleh diperolehi dari blog tanamsendiri.  Tetapi kena bertindak cepat kerana jumlah benih adalah terhad.

Salad Pepperomia dengan biji yang telah matang.

13 ulasan:

  1. adakah ini pepperomia yang tumbuh di pasu-pasu bunga tu? saya tak tahu ianya boleh dimakan..
    atau pun ianya sp yang lain??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nursery adalah satu dari punca pentyebar pokok ni. Kalau inginkan daun yang besar, alih ke tempat teduh dan siram regularly. Kalau di tempat panas, saiz daun kecil sedikit. Rasa, dua-dua sedap.

      Padam
  2. I am ever so thankful to you for the info on this...sebelum ni memang tak tau this is pepperomia. I've heard of it,tapi tak tau how it looks like until you put up the picture here. Dulu ingat ianya weeds...selalu dok buang, now it goes into salad bowl!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain masuk salad bowl, campur dalam sayur untuk banjo dan burger pun sedap.

      Padam
  3. tanaman ni salad rupanya.
    thanks for the info..
    selama ni tak tau pun ianya boleh dimakan.

    BalasPadam
  4. eh, mcm penah tgk kat rumah. betul ke sama dgn yg kat rumah tu? cemana nak kenal pasti pokok yg ada tumbuh di rumah itu adalah pokok yg dimaksudkan dalam posting ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun pokok ni berbentuk bujur sirih, biasanya berwarna hijau muda. Kalau di tempat redup berwarna hijau pekat. Daun tebal sedikit dan berair, boleh dipatahkan. Batang bulat berwarna putih. Benih saiz kecil, 0.2mm banyak pada satu tangkai, biasanya menuding ke atas.
      Rasa salad ni, pedas sedikit. Sebab itu dinamakan pepperomia. Untuk kepastian, boleh emel gambar untuk diteliti. Sebelum ini juga saya ada banyak letak gambar. Klik pada label "pepperomia."

      Padam
  5. Maklumat yg bagus.. Selama ni dok buang jer.. Rupa²nya boleh di makan.. Tp kena tanam secara proper la (dalam pasu).. Baru selera nak makan.. X gitu En. Iskandar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kena tanam cara yang proper. Kalau tumbuh merata, mungkin tak tergamak nak makan. :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Pagi tadi sebelum ke pejabat, sempat juga saya meninjau sekeliling rumah.. Tup tup, ternampak pokok Salad Pepperomia ni.. Ada lagi rupanya pokok ni.. Nanti boleh la try dengan benjo.. Nyum nyum..

    BalasPadam