Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 14 Februari 2012

Gambar Hari Ini -- Puteri dan Timun Jepun

Puteri dan Zucchini
Hasil tanaman kali ini pelik sedikit.  Saya tanam benih yang diambil dari buah zucchini yang ranum.  Mungkin benih asal benih F1  dan telah di kacuk antara timun jepun dan zucchini.  Kalau lihat fizikal buahnya seakan-akan timun jepun tetapi saiz buah dan tekstur isinya berbeza.  Rasanya rasa zucchini.  Hmmmm.... musykil.  Apa-apa pun asalkan berbuah dan dapat dimakan.
Untuk batch berikutnya dah order benih zucchini (courgette) dari baka yang elok.  InsyaAllah bila terima nanti akan diwarwarkan dalam blog ini.  Buat sementara semai timun jepun dulu.

------------------------------
I planted zucchini seeds that were obtained from a ripened fruit.  Funny, the plants that grew from the seeds look more like greenhouse cucumber.  The fruits are a bit peculiar.  They look like greenhouse cucumber but taste like zucchini.  Maybe the parent plants were crossbred from zucchini and  greenhouse cucumber. As long as the plants gave me fruits, I am happy.

8 ulasan:

  1. sebelum ni saya membayangkan zucchini sebagai timun jepun.. tapi setelah posting encik yang terdahulu menyatakan zucchini adalah dari keluarga courgett baru la saya tahu.. ni dari keluarga labu betul tak.. tak pernah rasa pun cemana.. kena try ni..

    BalasPadam
  2. Ya, dari keluarga labu, Cucurbita pipa. Yang saya tanam ni dah cross-bred.

    BalasPadam
  3. Salam, saya suka makan zuchini, cuma susah nak dapati di pasaraya. Adakah perlu pollinate zuchini flowers supaya berbuah? Saya juga berminat dengan benih zuchini sekiranya ada nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tiada serangga pendebunga berkunjung, elok bantu debungakan. Proses tak lama, tidak sampai 5 minit. Hasilnya pula lumayan. :)

      Padam
  4. Alhamdulillah dipertemukan dgn blog tuan...dari mana tuan membeli benih zuchini...saya berminat untuk membelinya juga...

    Saya kerapkali menjadikan zuchini sbg bhn dlm adunan kek saya..hihi saya berharap satu hari nnt sy blh buat kek zuchini yg dipetik dr tanaman sendiri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Saya sedang menunggu shipment benih tersebut.

      Padam
  5. Saya pun berminst dengan benih zucchini.. *menanti dengan penuh sabar*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang Puteri pegangni, separuh zucchini separuh timun jepun. Rasa macam Zucchini, rupa macam timun jepun tapi saiz besar. :)

      Padam