Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 11 Februari 2012

Gambar Hari Ini -- Pokok Bangun-bangun, Cuban Oregano, Plectranthus amboinicus

Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) adalah antara favorite saya.  Daunnya enak dibuat teh.  Batch yang dulu mati kerana saya campurkan patch bangun-bangun dengan roselle.  Rupa-rupanya Bangun-bangun adalah antagonis roselle.  Mungkin kerana makhluk perosak roselle iaitu serangga anak dara cina mula menyerang bangun-bangun.  Bangun-bangun dan roselle berkongsi makhluk perosak.  
Pokok Bangun-bangun.

18 ulasan:

  1. Tuan,
    bagaimana bau daun pokok ini? Tgk pada bentuk daun mcm saya ada tanam, jiran saya bg tp dia sendiri tak tau namanya. Saya lagi lah.
    Saya tanam dalam pasu tapi tak berapa membesar. Tak pasti sbb tanah atau nutrien

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau seperti minyak angin (mentol) dan berempah sedikit. Orang india buat teh untuk legakan tekak, terutamanya kalau ada asma. Ada juga yang memasak sebagai sayur. Tapi kalau ditanya rata-rata mereka kata, buat teh herba.
      Saya suka keringkan (tapi tidak di dalam cahaya matahari terik) dan bancuh sebagai teh. Memang sedap.

      Padam
    2. Saya rasa pokok yg saya ada sama cuma pokok saya tidak sehebat pokok tuan sbb saya x pasti kaedah penanamannya. Saya tanam pokok ni dlm pasu, rasa mcm nak pindahkan ke bawah tp takut keadaan tanah kurang sesuai.

      Tentang pengeringan, adakah daun dikeringkan di dalam rumah atau sekadar di tempat redup? Berapa lama tempohnya? Daun dia sy lihat mcm jenis daun basah bukan mcm daun misai kucing.

      Padam
    3. Saya akan tujukkan cara mengeringkan daun bangun-bangun di dalam posting yang akan datang.

      Padam
    4. Terima kasih atas perkongsian info

      Padam
    5. rumah orang india biasanya ada banyak pokok ni...

      Padam
    6. Ya, pokok ni popular di kalangan kaum etnik india. Mreka buat teh dari daun bangun-bangun.

      Padam
  2. Saya ingatkan ia daun pudina. En tanam dalam pasu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ini ditanam dalam pasu. Bila siap raise bed nanti akan dialih. Pokok bangun-bangun membiak cepat kalau ada ruang.

      Padam
  3. Salam Tuan,
    soalan sket:
    1. Apakah buddy utk pokok ini?
    2. Apa jenis dan kondisi tanah yg sesuai untuk pokok ini tumbuh subur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Pokok bangun-bangun jenis daun lebat dan menutup cahaya. Ketinggiannya kira-kira 60 cm kalau subur, jadi pokok lain yang rendah pasti tidak akan tumbuh. Saya pernah tanam bersama ketumbar, dan pada peringkat awalnya menjadi tetapi apabila daun dah penuh, ketumbar kekurangan cahaya dan bantut. Bangun-bangun pula tidak tahan jika diletakkan bersama pokok yang lebih tinggi misalnya roselle atau bendi. Lagipun makhluk perosak rosell, misalnya serangga "anak dara cina" juga merosakkan bangun-bangun. Jadi dari pengalaman saya, bangun-bangun tidak sesuai ditanam bersama pokok lain. Kira lonerlah, tiada buddy.
      2. Tanah yang sesuai, tanah liat yang dicampur bahan organik, misalnya rumpai sepaya hancur atau kondisyener tanah. Saya cuba guna tanah bakar tetapi pokok yang tumbuh bantut.

      Padam
  4. bagus tau pokok ni.. kalau batuk.. rendam dalam air suam.. pastu minum....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak chik peah. Teh bangun-bangun melegakan tekak.

      Padam
  5. OIC, namanya pokok bangun-bangun ya. Saya x tahu nama asalnya.Saya ingatkan pudina. Yang ada kat rumah saya Chinese Aunty sebelah rumah yang kasi. Dia kata pokok ini bagus untuk batuk. So saya ambil ranting dan tanam.Baunya macam peppermint.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak batuk pun memang enak diminum terutama di waktu malam. Rasanya melegakan. Ya maunya berangin sedikit, sebab itu ia dinamakan Cuban oregano, sebab rasanya seakan-akan oregano.

      Padam
  6. bersungguh rakan saya katakan ini pokok oregano... tapi pokok oregano yg saya kenal sy katakan pd dia lain sikit rupanya... bangun-bangun ini saya ada menanam nye... tapi saya mmg kurang gemar bau dia yg kuat... sy pun tak rasa yg ia sesuai digunakan dalam masakan spagheti spt yg selalunya... En.Is pernah cuba?
    saya tanam dia agak terpinggir dari pokok yg lain... tapi saya lihat pokok ini heavy duty... tak bela sangat pun dia boleh tumbuh... tahu tentang khasiat utk ubat batuk... tapi sy tak pernah cuba... emmm senang kata tak tahu cara... terima kasih kongsi info... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ini bukan pokok oregano. Pokok ini memah mudah dijaga. Cuma kadang-kadang ada juga serangga yang menyerangnya.

      Padam
  7. mak saya panggil pokok batuk... dah merimbun kt rumah

    BalasPadam