Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 7 Februari 2012

Gambar Hari Ini -- Kobis

Saya jarang tanam kobis kerana masanya yang terlalu lama untuk matang.  Lagipun kobis di tanah rendah tidak akan membentuk jantung.  Lama-lama sekali adalah tanam.  Tak menjadi jantung pun tak mengapa.  Boleh juga buat goreng ikan masin.  Lagipun jus kobis baik untuk jantung.  Kobis ini saya tanam dalam bekas panjang, diletakkan di sebelah tong pokok zucchini.  Buah zucchini dah memenyet pokok kobis. :)

Kobis dalam bekas.  Gambar kamera hp, tiada versi resolusi tinggi.

12 ulasan:

  1. saya sangat suke kobis... sedap... ;p

    BalasPadam
  2. pokok kobis apa nie??
    lawa la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kobis baka lowland. Ia tak membentuk jantung. Bila besar rupa macam kailan tapi rasa kobis. Isinya meaty, sedap.

      Padam
  3. ada dijual benih kobis nie dalam blog tanamsendiri??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumlah yang ada terhad, iaitu cuma ada 8 pek kecil. Sebab itu benih kobis lowland tidak diletakkan dalam senarai benih untuk dijual. Kalau Muhammad ingin, boleh pesan dengan segera (booking dulu). Saya akan simpankan.

      Padam
    2. blh juga tu..saya ada pesan benih dari blog tanamsendiri pada 20 Feb yg lalu..sekiranya benih tersebut belum dihantar,blh tak pihak tuan hantar benih kobis ini bersama dengan benih yang saya pesan??3 pek pom jadi lah...saya akan pembayaran untok benih konis nie...

      Padam
    3. Benih tersebut telah dikirim. Nanti saya kirim benih kobis. Muhammad perlu tambah 2 benih lagi untuk cukupkan 5 pek. :)

      Padam
    4. Oo dah dihantar. 2 pek lg tu benih kacang buncis la..nanti saya masukkan duit pembayaran kedalam akaun encik...terima kasih..

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum encik, am... benih kobis bunga tak de ker?

    BalasPadam