Cili wangi juga dari jenis cili padi atau lada jarum.Cili ini menghasilkan bau yang semerbak apabila digoreng. Tapi awas, cili ini amat pedas hingga berpeluh kulit kepala kalau dimakan mentah. Cili wangi sedap kalau dibuat jeruk dalam cuka asli, minyak cili atau dipotong dan dicampur kicap. Sedap dimakan dengan mee goreng. :) Buha cili wangi yang belum ranum berwarna putih.
| Cili wangi. |
owh... kecil je rupanya cili wangi nie... nak try tanam la bila keperluan dah lengkap
BalasPadamYa, saiznya kecil aja. Buah dan tangkai lebih kurang 4 cm sahaja. :) Cili padi jenis ni paling sedap rasanya.
PadamCantik gambar ni En iskandar...Blh saya tahu camera apa yg digunakan?
BalasPadamKalau Avia minat fotografi, boleh singgah ke blog saya yang satu lagi. Gelanggangfoto.com
PadamKurang posting akhir-akhir ni sebab struggling siapkan buku. InsyaAllah Mac akan aktif semmula.
salam tn iskandar...dulu tn ada memberikan info tentang mengapa bunga pokok cili gugur untuk pertama kali....kini saya sudah pun mengikut tip yg tn berikan dgn sentiasa memberikan baja bunga...dan Alhamduillah ianya berhasil dan dapat la menuai hasil untuk kali pertama dan kali kedua...tp selepas itu masalah bunga cili gugur dan kering kembali lagi..ketika ini musim salji di rumah saya..adakah ia berkaitan dgn faktor suhu jua...
BalasPadamAdakah pokok cili tersebut berada di luar terdedah kepada suhu rendah atau diletakkan di dalam rumah?
Padamsaya letakkan di dalam rumah...berdekatan dgn pemanas udara...
BalasPadamMasalah di negara bermusim dingin jumlah cahaya matahari kurang. Cahaya dalam rumah pula jarang setanding dengan cahaya di negara kita sedangkan cili berasal dari Amerika Selatan, kawasan yang mendapat cahaya matahari yang terik.
PadamKalau diperhati maklumat yang diberi, kemungkinan juga cili tersebut kekurang magnesium. Cuba siram dengan larutan garam epsom (magnesium sulfat). Lazimnya ada dijual di Gardening Section di pusat membeli belah. Larutkan 2 sudu besar garam epsom dalam 1 liter air dan siram dua minggu sekali.
orait..saya akan cuba ikut tip tersebut..
Padamtqvm tn iskandar..