Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 29 Februari 2012

Gambar Hari Ini -- Celery

Gambar Puteri dan celery (daun sup).  Nampaknya dah boleh tuai daun sup ni.  Hari ini, rasanya seekor ayam belanda muda akan tumbang, untuk dijadikan sup.  Sebulan bertungkus lumus menyiapkan buku, makan pun dah tak teratur.  Minggu ni akan bermain dengan makanan dulu.  Nak makan yang best-best.  Bermula dengan sup ayam belanda (turkey), kemudian kita buat yoghurt, dan caviar sebagai ramuan dalam tuna salad.  Mak oii besar selera minggu ni.   

Puteri dan celery.  Gambar guna kamera hp, tiada versi resolusi tinggi.

7 ulasan:

  1. daun sup yg saya tanam... sy petik daun shj... tp lama kelamaan pokok dia jadi tak cantik, kurus dan layu mcm nak mati... sbb pokok dah tua kah?... atau semasa ambil daun mmg kena cabut keseluruhan pokok dahulu... lepas tu kena tanam semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri ambil daun sahaja. Bila pokok dah nampak renggeh, saya kerat batang tinggal 1 inci dari tanah. Tanah dibaja semula dengan baja organik. Sayang kalau cabut semua. Pokok ni ambil masa yang lama untuk membesar. Misalnya, pokok yang Puteri pedang ni saya semai akhir bulan Disember. Ambil masa 2 bulan untuk menjadi besar ni.

      Padam
    2. owh... ok... baja semula tanah ya... nnt sy buat... TQ

      Padam
  2. kalau saya tak silap, daun sup ni tak boleh siram air banyak sangat kan, nanti batang dia boleh jadi cam reput, betul ke?

    saya dah beberapa kali tanam (tanam yang beli kat pasar lepas ambik daun), kali ni baru ada yang tumbuh.

    ada apa-apa tips lagi tak nak bagi daun sup ni senang tumbuh dan subur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu, kalau nak cepat tuai boleh guna batang yang dibeli di pasar. Boleh guna tanah campur tapi kekalkan lembap sahaja, jangan terlalu basah. Batang buruk disebabkan kulat (fungi) yang ada dalam tanah.
      Cuma bezanya, kalau tanam dari batang yang diperolehi di pasar, ia lebih berserat. Kalau dari benih klebih lembut dan rapuh. Tapi itu pun boleh dikawal. :)

      Padam
  3. tak tahulah... tak pernah nak tumbuh tanam dengan biji benih daun sup ni... daun ketumbar beli daripada en. iskandar pun susah benar mahu tumbuh... tak pastilah apa kena... dalam banyak tanam, hanya 1 je yg tumbuh... mungkin tanah lembab agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketumbar memang lambat sikit pertumbuhannya. Kena cuba lagi tu. Yang saya tanam menjadi, tapi kena sabar. Mula-mula memang perlahan.

      Padam