Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 Februari 2012

Betul Ke Bunga Matahari Mengadap Matahari?

Hari ini sekerat jari "camek" pokok bunga matahari.  Itu pun setelah beberapa orang anak jiran bertandang.  

"Nak tengok bunga matahari."  kata mereka.

Minat juga anak-anak muda ni berkebun.  Malangnya anak-anak taman perumahan mana ada ruang nak explore bertanam.  Parents lebih redha anak-anak belajar tentang tumbuhan melalui CD dan Astro. 

"Pakcik,   betul ker bunga matahari mengadap matahari?  seorang dari mereka bertanya ingijnkan kepastian.

"Mana Anak dengar ni?"  ingin juga bertanya, mana dapat maklumat ni.

"Cikgu cakap, Bunga Matahari mengadap matahari.  Dia ikut aja arah matahari."  jawab kanak-kanak tadi.

"Owh, dah banyak Pakcik tanam bunga matahari.  Tak ada pula yang ikut bunga matahari.  Yang Pakcik tahu, malam adalah bunga tunduk.  Anak tengoklah sendiri."

Lepas kanak-kanak balik, banyak perkara yang bermain dalam kepala.  

Bunga Matahari sedang mekar.  Adakah mengadap matahari seperti yang cikgu ajarkan?

Cantik, ada daya penarik.  Halaman rumah terus hidup.

Pola penarik perhatian serangga pendebunga.

InsyaAllah akan tanam banyak lagi.


2 ulasan:

  1. Assalammualaikum Tuan.

    Soalan yg.sama ditanya oleh anak murid, lantaran tajuk sains berkaitan tumbuhan membiak dgn pelbagai cara.Tersebutlah bunga matahari ini..beberapa murid buka cerita hal bunga mata hari tumbuh bunganya mengikut arah mata hari..ramai menyokongnya dan ramai menidakkannya.

    Akhirnya tanya cikgu..nasib baik aku dah ada pengelaman dan ada bukti.Hahaha..jawapannya 'betul'.hasil pemerhatianku, bunga mata hari ku itu ada 9 pokok tanam agak selerak dan ada yg.di baris..kuntumnya2 besar...semua menghadap mata hari..

    sehingga tak dapat tengok kuntumnya menghadap arah depan rumah, kesemuanya menghadap pagar, lantaran depan rumah( halaman) menghadap utara..setiap hari tengok sisi bunga itu saja..kalau nak tengok muka depan kena menyusup tepi pagar.
    Terimakasih kerjasama tuan kirimkan benih tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Hampir tepat. Dari pengalaman saya, bunga matahari mengadap arah yang cerah, bukan arah matahari. Kalau matahari terhalang oleh rumah, ia menghala ke arah luar rumah. Cuba perhati sekali lagi. Bunga matahari menghadap ke arah luar laman, ke kawasan cerah, bukan ke arah matahari. Kawasan arah matahari tidak semestinya kawasan yang cerah kerana boleh terhalang oleh dinding rumah atau pagar batu.

      Sama-sama. Untuk benih yang mixed, Puteri Purnama kena sabar dulu. Batch dari beberapa variety lagi masih dalam perjalanan. Bila saya terima akan dikirim.

      Padam