Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 23 Februari 2012

Benih Sawi Bunga, Wang Bujang

Lama dahulu (1998) saya pernah tanam Sawi Bunga.  Rasanya memang special.  Dua tiga tahun terakhir ni, teringin pula nak tanam sawi bunga.  Bila cuba dapatkan benih, rata-rata yang ada hanya benih sawi hong kong, atau sawi manis kata peniaga benih.  Tidak dinafikan, sawi hong kong enak dimakan.

Namun  begitu, teringin juga nak tanam sawi bunga.  Pertama, bunga sawi memberikan aroma wangian ketika dimasak.  Rasanya pun memang enak.  Suatu yang tidak mudah dilupakan.  Baunya sahaja membuatkan jus asid perut memancut keluar, terus membuatkan rasa lapar.

Baru-baru ni saya dapat dua pek besar benih sawi bunga.  Satu daripada benih tersebut dinamakan Sawi Bunga Wang Bujang.  Minggu lepas agak sibuk kerana submission buku dah due.  Namun begitu sempat saya uji dulu benih tersebut.  Wah, saya semai pagi, petang dah bercambah.  Lihatlah cambahan di hari ke tiga selepas disemai.

Kalau mengikut kata pembekal benih, sawi ini boleh dituai paling cepat 3 minggu selepas dituai.  Wah patutlah sukar nak dapat benih sawi ni, rupa-rupanya cepat mendatangkan hasil.  Jadi terpaksa berebut dengan professional grower (petani lah tu).  Alhamdulillah, benih yang disemai, 99% bercambah.

Lagi 3 minggu, tambah satu lagi sayur ke menu makanan.

Cambahan Wang Bujang

14 ulasan:

  1. wah cepat betul tumbuh ni....best2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih ini adalah variety terkini. Saya baru terima pek sample daripada pengedar. Baru pesan pek besar untuk dikongsi dalam blog ini. :)

      Padam
  2. semai pagi, petang dah bercambah, cepat betul sawi ni tumbuh.. kalau camni tanam awal bulan, hujung bulan dah dapat tuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, apa lagi di musim sekarang, cahaya matahari cukup dan hujan tak rosakkan cambahan. Cuma siram kena rajin sebab dah tiba musim kering.

      Padam
  3. patutlah senyap satu minggu.... rupa2nya sibuk dengan hal buku... punyalah rindu ingin membaca tulisan en. iskandar...hehehe

    sawi bunga, apakah serupa dengan sawi yang dijual kat kedai/pasaraya dan sebagainya???

    agak galak pertumbuhannya...semai pagi petang dah tumbuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, cuma yang ini variety baru. Baru diterima dari Taiwan.

      Padam
    2. benih dari taiwan???...

      kebanyakkan benih en. iskandar beli daripada luar negara ke?? takde kena tahan ke?? saya pun teringin juga nak beli daripada luar negara tapi takut kena tahan kastam je... ada tips ke atau cara2 untuk beli benih dari luar negara en. iskandar boleh kongsikan??

      tapi kalau dapat keje kat kastam nanti, bleh beli macam2...hehehe dah keje kat kastam, murah sikit duti2... itu pun kalau ada rezeki kerja kastam....

      Padam
    3. Benih dari Taiwan, beli dari pengimpot di negara kita. Tak lari cukai. Itu hak rakyat Malaysia. Ada benih berasal dari negara kita, ada yang dari luar. Benih negara kita yang saya paling gemar, yang disediakan Mardi. Cantik dan tahan penyakit. Itu pun beli ketika ada event. Belum jenguk Mardi lagi, padahal dekat jer dengan rumah.
      Tentang benih ni saya memang suka explore, cari yang baru, yang menarik. Kalau bertanam secara profesional tak boleh buat begini sebab perlukan bekalan benih berkualiti yang tak putus. Kuantiti benih pasti satu daripada kriteria. Kalau bertanam hobi, tak apa. Dapat sikit pun tak apa, asalkan boleh semai. Kalau putus benih, tanam yang lain. Makan sendiri.
      Pek pertama adalah pek sample untuk saya cuba. Bila saya dapati benih tersebut cantik, baru pesan banyak untuk dikongsi melalui blog ini. Ada juga benih yang tak cantik, yang tumbuh setakat 40 hingga 50% aja. Benih sebegini saya tak kongsi. Takut patah semangat rakan-rakan yang baru nak berjinak.
      Ni kira lepas geram. Kalau zaman kanak-kanak dulu mana ada benih yang cantik. Semua benih kutip dari sayur lebihan dapur. Kadang-kadang pergi "curi" benih dari guni bocor kat Pejabat Pertanian kat pekan. Biasanya pegawai yang bertugas isi dalam tin susu pekat, sengaja simpan untuk kami. Dapatlah tanam tomato dan cili saiz besar. Sekarang semua ada. Cuma perlu pandai cari aja.

      Padam
    4. owh.. beli dari pengedar...maknanya mungkin mereka ada permit import atau benda2 yang membolehkan biji benih dibawa masuk...

      biasanya membeli biji benih ni untuk tanam sendiri dan makan jer... benih tak pernah putus... medium tanaman je selalu terputus... hehehe.. takde tanah nak tanam pokok...kalau beli benih dari luar tu sekadar suka2 mahu mencuba tanam seperti pokok bawang ke, pokok lavender ke walaupun tahu memang susah nak hidup.

      memang selalu beli benih dari mardi. murah, banyak dan tentunya benih berkualiti tinggi. kebanyakkan benih yang ditanam semuanya tumbuh dan sedang memberikan hasil... Selalu pergi ke mardi jalan kebun. tapi benih kat sana selalu kurang. Lepas ni nak cuba berkunjung ke serdang pula mana tahu macam2 benih ada disana..

      p/s: pokok mempelam yang saya sambungkan(kahwin/cantuman baji) telah pun berjaya. berjaya juga sebab dulu memang selalu tak jadi....

      Padam
    5. Wah, nampak lepas ni bolehlah makan buah mempelam kahwin.

      Padam
    6. sekarang tengah mencari pokok spesis pelam besar panjang....dulu ada tapi dah kena tebang dengan abang lepas dia pindah masuk rumah emak dan arwah ayah...dia kata buat semak je...hehehe

      pelam yang kahwin pun daripada pelam epal... pelam spesis lain semua tengah menunggu pucuk baru untuk keluar...

      Padam
    7. Kena belajar cara kacuk mempelam ni. Buat masa ni belum cukup kawasan lagi. Bermain dengan sayur dulu.

      Padam
  4. Salam tuan
    dah submit ke buku tu utk terbitan?

    bagus betul benih ini, cepat bercambah, hanya dlm tempoh sehari. Cuma kena sabar sedikit nak tggu tempoh tuaian. Igt dlm seminggu dua sahaja dah blh tuai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah submit. Sekarang sambung semula menulis untuk buku siri tanamsendiri. InsyaAllah dua bulan lagi keluar di Pasaran. :)

      Dalam tiga minggu kalau penjagaan rapi.

      Padam