Pada 28 Januari, saya ada posting gambar zucchini dalam kotak gabus. Cepat betul pertumbuhan pokok ni. Gambar itu diambil kira-kira seminggu yang lepas. Kalau diikutkan cara penjagaan yang elok, saya sepatutnya potong sebahagian dari pucuk supaya binga keluar dengan lebat. Pagi ini ingat nak potong, alamak dah berbuah rupanya. Batal potong, tunggu buah besar sedikit boleh buat ulam.
Kalau macam ni boleh lah tanam lagi zucchini dan tumbuhan dari keluarga yang sama, misalnya mentimun. Kena semai timun batu ni. :)
Kalau macam ni boleh lah tanam lagi zucchini dan tumbuhan dari keluarga yang sama, misalnya mentimun. Kena semai timun batu ni. :)
![]() |
| Zucchini dalam kotak styrofoam dah berbuah. Gambar diambil menggunakan hp, tiada imej resolusi tinggi dalam stok. |

cemana dgn pancangnya tu, sekadar letak utk dia bergayut di dlm ruang styrofoam sahaja ke?
BalasPadamNiat memang nak letak pancang, tak sempat. Dia berbuah dulu. Nanti nak cantas juga pucuk, tapi lepas tuai buah yang ini dulu. Mak oii cepatnya dia tumbuh, saya pulak yang tidak terkejar. Rezeki tu. :)
BalasPadambole ye tanam zuchini ni... saya pernah cuba tanam sekali... tak hidup... ingatkan tak sesuai tanam di sini... kena cuba lagi ni...
BalasPadamBoleh sangat. :) Amat cepat pertumbuhannya. 3 hingga 4 minggu dah berbuah.
BalasPadambagaimana rasa zucchini ni??? sama seperti timun ke... tak pernah beli dan rasa.... dengar je pernah
BalasPadamada beberapa benih dah mula tumbuh... antaranya bendi, kobis cina ong king, pea... tengah tunggu yang lain utk tumbuh...heheheh
Rasa timun dan labu air. Susah nak cerita, :)
Padamnanti try beli...
Padamzucchini ni timun jepun ke ??
BalasPadamtengok gambar cam sama je..
Tak sama, zucchini nama lainnya courgette. Ia dari keluarga Cucurbita pepo. Kira sepupu mentimunlah tapi saiznya lebih besar.
PadamMungkin sebab yang ini saya tanam dari benih yang saya ambil dari buah. Mungkin benih asal baka F1, dan dah cross pollinnate. Pada asalnya pokok ni merimbun tak memanjat. Tetiba aja keluar pucuk yang banyak dan daun mula menjadi kecil dan memanjat pula. Next batch akan gunakan benih baka F1, dan bukan dari generasi ke dua.
Padamsaya pun teringin nak menanam zuchini lain kali, boleh terangkan cara menanam, En.Iskandar?
BalasPadamNanti bila berkesempatan saya akan jelaskan. Benih yang saya tanam ini dah cross-bred dengan timun jepun.
Padam