Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 12 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Sayur Putih (Kobis Cina) dan Pepperomia

Hari ni tuai sayur untuk dijadikan salad.  Salad belum sedia untuk dituai.  Tak perlu risau, sebab sayur putih (kobis cina) segar pun seenak salad.  Kena pulak digabungkan dengan pepperomia.  Isteri saya gemarkan pepperomia sebagai salad dalam burger atau banjo.  Saya lebih gemar kalau dicicah sambal lada yang masih hijau.  Apa-apa pun kedua-dua sayur ini memang berjaya menjadi pembuka selera.

Pepperomia dan sayur putih.

2 ulasan:

  1. pepperomia tu banyak tumbuh sebagai rumpai je kat kawasan sekolah. teringin jugak nak amik makan. cicah budu boleh kot. kalau nak ditanam nak guna apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka makan dengan burger. Ulam cicah sambal lada pun sedap. Kalau cicah budu memang ada umph. Saya tanam dengan biji benih. Halus aja biji benih pokok ni. Kalau ada tumbuh melata, boleh ambil aja biji benih yang tumbuh pada tangkai. Benih yang sedia warnanya hitam.

      Padam