Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 11 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Lobak Putih

Lob ak putih, bukan bahagian lobak aja yang boleh dimakan.

Daunnya enak dibuat sayur atau dijeruk bersama bawang putih dalam cuka asli.  Lobak dibuat jus.
Jangan samakan lobak putih tanam sendiri dengan lobak putih yang dijual di pasar.  Ini kerana lobak putih yang dijual di pasar telah kurang kemanisannya kerana telah tersimpan seketika sebelum dibeli. Lobak putih yang dipetik dan dimakan rasanya lebih manis kerana gula yang tersimpan di dalam lobak belum ditukar sepenuhnya menjadi karbohidrat.

Daun lobak putih enak dibuat ulam atau dimasak.  Anak-anak saya sukakan sayur lobak putih yang digoreng, lobak putih serta daunnya sekali!  Kadang-kadang, saya ada semai biji benih lobak putih secara berlebihan.  Apabila dah bercambah, kira-kira satu minggu saya akan petik dan jeruk bersama bawang putih dan cili padi di dalam cuka asli.  Saya campurkan juga sedikit garam.  Selepas 3 hari, jeruk tersebut akan "masak" dan kami makan sebagai ulam bersama nasi.  Enak!

Tidak lama dulu saya pernah post tentang khasiat jus lobak putih.  Sahabat saya dari Ulu Tiram Johor, iaitu Sdr Othman Sirat ada mengamalkannya untuk melegakan penyakit batu karang.  

Jus lobak putih mampu memulihkan rasa sendat, buang angin, dan mampu mengubat jangkitan pada hempedu.  Ia lazimnya dicampur dengan sedikit madu.  Tambahkan sedikit jus limau nipis untuk menambah kandungan vitamin C.  Ini dapat membantu badan menyerap kalsium dengan lebih mudah.  Khasiat ini memang telah dibuktikan dan terdapat beberapa jurnal sains yang membincangkan tentang khasiat jus lobak putih.  

Dulu saya kurang pasti samada jus lobak dapat mengubat sakit batu karang karana belum temui maklumat dari hasil kajian yang boleh dipercayai kesahannya.  Kini saya yakin, ia sememangnya dapat membantu menghindar penyakit batu karang.  Bila sebut menghindarkan, maksudnya untuk mereka yang belum terkena penyakit ni. 

Jus lobak putih mampu menghindar penyakit batu karang kerana lobak putih kaya dengan kalsium.  Ada orang kata, kalau kena batu karang, mesti kurangkan memakan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini sebenarnya salah. 

Batu karang yang terbentuk dalam buah pinggang adalah terdiri dari hablur kalsium oksalat (calcium oxalate).  Ion oksalat dihantar ke buah pinggang untuk ditapis.  Malangnya di dalam buah pinggang, ion oksalat tersebut bergabung dengan ion kalsium membentuk hablur kalsium oksalat, iaitu hablur batu karang.  Hablur tersebut tersangkut di dalam buah pinggang menyebabkan penyakit.  

Jika anda meminum jus lobak yang kaya dengan kalsium atau apa-apa sahaja yang kaya dengan kalsium, ion kalsium yang diminum akan bergabung dengan ion oksalat di dalam sistem pencernaan.  Hablur yang terbentuk tidak dapat diserap oleh sistem pencernaan.  Ini menghalang oksalat daripada di hantar ke buah pinggang, dan seterusnya menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat (batu karang) di dalam buah pinggang.

Jadi kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jus lobak yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari terbentuk dalam buah pinggang.  Jadi, amalan yang dilakukan oleh sahabat saya itu memang benar-benar dapat membantu menghindar pembentukan dalam ginjal (buah pinggang) beliau.  Terima kasih Sdr Othman Sirat dari Ulu Tiram kerana berkongsi petua yang mujarab.


Jus lobak putih yang pernah dipamerkan dalam posting terdahulu.

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan.
    Jus ini boleh ke campur susu krim yg.biasa tu?..
    Saya suka buat jus dan sentiasa campurkan susu krim, macam buat kopi susu lah..hehehe..

    BalasPadam
  2. Puteri Purnama boleh cuba. Mungkin enak. Saya belum pernah cuba.

    BalasPadam