Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 9 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Lobak Putih dan Sawi Pendek

Minggu ini cuaca mula panas semula, dah seminggu tiada hujan.  Tanaman perlu disiram selalu.  Tibalah masanya untuk menuai.  Saya menyemai secara berperingkat, jadi tuaian juga tidak akan putus.  Untuk hari ini saya tuai beberapa pokok lobak putih dan sawi hijau untuk dijadikan ulam dan digoreng.  Sebenarnya sebahagian dah dijadikan sup bersama so'on.  Mmmm enak.  Berbaloi bertanam sendiri.

Lobak putih yang dituai hari ini berumur genap 1 bulan.  Saya perhatikan pokok sayur yang ditanam dalam patch raise bed lebih galak pertumbuhannya berbanding dalam pasu.  Mungkin tanah yang digunakan, serta lokasi menghasilkan suasana yang optima untuk pertumbuhan sayur.  Sebab itulah saya perlukan meter dan kit soil test untuk memahami keadaan yang macamana akan menghasilkan sayur yang terbaik.  Dan sebab itulah mesti simpan jurnal.
 

Tuaian hari ini penuh bakul.
----------------
Harvest of the Day -- White Radish and Dwarf Mustard
This week's weather is hot with no rain. Plants should be watered regularly to ensure proper growth.  It's the time to harvest some of my vegetables. I sowed the seeds in stages, so I can harvest the vegetables continuously. To this day I harvested a few white radishes and mustards to be eaten raw as salad or fried.  Actually, I made ​​some soup with rice noodles. Mmmm tasty. Growing your own vegetables are worth it.

The white radishes that were harvested today were exactly one month old. I observed that the vegetable planted in the vegetable patch grow more vigorous than the vegetables grown in the pot.  
 
The type of soil used and the location may important role in producing the optimal growing conditions for the vegetables. That's why I need a meter and soil test kit to study the conditions that will produce the best vegetables. And that is why we should keep journals.

4 ulasan:

  1. agaknya dalam pasu, akar dia kurang bebas merayap kesana sini untuk menyerap nutrien...

    BalasPadam
  2. Jumlah air pun terhad. Kalau dalam pasu, siram lebih sedikit air mengalir keluar. Kering pun cepat. Kalau dalam patch, air merebak dalam patch juga. Jadi tumbuhan mendapat bekalan air yang berterusan.

    BalasPadam
  3. saya dah banyak kali tanam lobak putih... kali pertama tanam belakang rumah. dia mcm bantut sebab cahaya mmg kurang. semai lagi kali kedua, alih ke depan. x sempat nak naik daun sebenar, siput buat kenduri. semai lagi kali ketiga.. tabur racun siput keliling pasu dan dalam pasu sekali.. sama jugak.. tinggal batang je.. daun kotiliden depa ratah habis... gerammmmmmmm ja.. cemana nak buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya siput menyorok ditempat gelap, misalnya dalam peti surat sebelah atas, di dalam pasu yang ditelengkupkan atau dalam rumput. Tabur pellet racun siput di sekeliling anak pokok atau gunakan kulit telur yang di lumatkan.

      Padam