Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 1 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Kangkung, Terung Pendek dan Manggis

Pembuka tirai 2012,tuaian pertama untuk tahun ini. :)
Kangkung pasti menjadi sayur utama kerana akhir-akhir ini asyik hujan sahaja dan kangkung sememangnya gemarkan air.  Sayur lain pun tumbuh subur tetapi di kawasan yang terlindung dari titisan hujan.  Terung pendek ada tiga biji, tetapi kurang cantik kerana sebahagiannya rosak mungkin dipatuk ayam ketika buah masih kecil.  Walaupun begitu, cukuplah untuk dibuat ulam.  Hari ini juga saya dapat tuai suatu yang istimewa.  Rupa-rupanya buah manggis dah mula ranum.  Hari ini cuma petik satu biji, yang boleh dicapai dengan tangan.  Mungkin besok akan petik lebih banyak menggunakan tangga. :)

Tuaian Hari Ini

Kangkung, terung pendek, manggis

------------------------
Today's Harvest -- Water convulvus, brinjals and mangosteen
Kangkung or water convulvus is sure to be a major vegetable due to its fondness towards water -- and now is rainy season.  Other vegetables also thrives in areas that are sheltered from rain drops. There are three eggplants, but not as beautiful as the harvest before because the eggplants are partially damaged by chickens.  However, the eggplants are enough to be eaten raw.  Today's harvest is special because I managed to pick a ripe mangosteen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan