Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 10 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Buah Nangka dan Manggis

Kedua-dua jenis buah yang dipetik hari ini mempunyai rasa yang manis.  Semua orang kenal buah manggis, ratu segala buah.  Khabarnya di zaman dahulu ratu Enland pernah menawarkan kepada sesiapa yang berjaya membawa manggis segar untuk santapannya akan dihadiahkan emas sama berat dengan buah manggis yang dipersembahkan.  Tiada seorangpun berjajya membawa balik manggis segar kerana buah menjadi kering dan keras bila tiba di England.  Maka Ratu mati kempunan.  (Ini versi datuk saya, :))  Beruntung kita di negara ni, dapat makan buah manggis.

Buah nangka pula enak tetapi tak ramai yang sanggup melapahnya kerana kulit nangka bergetah.  Nanti rosak pisau yang digunakan, menjadi tumpul kerana getah melekat pada mata pisau.  Sebenarnya ini bukan masalah besar.  Anda boleh bersihkan getah nangka menggunakan minyak masak.


Buah manggis dan buah nangka.
--------------------------
Harvest of the Day -- Mangosteens and Jackfruit
Both types of fruit harvested today have a sweet taste. Mangosteen is a popular fruit, known as the queen of all fruits. Apparently the ancient queen of Enland have offered to anyone who brought fresh mangosteen equal weight of gold as a reward. No one managed to bring back fresh mangosteen as the fruit dries and hardens when arriving in England. So, the Queen died in vain not knowing the pleasure of eating mangosteen. (This version is of my grandfather,:)) Luckily, in our country, mangosteen is for all to enjoy.

Jackfruit is delicious, but not many are willing to cut it open as jackfruit skin bleeds latexThis is actually not a big deal. You can clean the latex using cooking oil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan