Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 14 Januari 2012

Tersungkur

Bila menjalankan aktiviti bertanam dan membela haiwan, seboleh-bolehnya saya gunakan kaedah yang tidak memudaratkan haiwan liar.  Kadang-kadang ada juga buat silap, dan adalah haiwan yang tersungkur.  Saya tutup bekas air dengan dawai mata punai bertujuan untuk melindungi ikan yang dibela daripada pemangsa datang mencuri ikan tersebut.  

Burung ini mungkin tidak dapat menahan keinginannya untuk menangkap ikan dalam tangki ikan peliharaan kami.  Dia masuk juga ke dalam tangki tetapi gagal untuk keluar.  Apabila saya sedar ia terperangkap, mungkin dah kesejukan kerana lebih dari 12 jam berendam dalam air.  Bila dibebaskan dari tangki, ia tidak dapat terbang jauh.  Bangkainya ditemui keesokan harinya. :(

Burung ini adalah Raja yang malang.

4 ulasan:

  1. Aduhai..begini pula jadinya..
    Dulu kolam ikan hiasku juga diintai oleh 'raja' yang malang ini.Nasib baik masa tu ikan belum diisi.Bila bunga kembang pagi dah merimbun baru ku lepaskan ikan, hingga kini beranak pinak dah ikan tu..ada juga burung yg.singga tengok tapi bukan yg.pandai makan ikan..oh..bulu biru tu..cantik kalau di basmi kuman baru digubah jadi hiasan.Warna bulu biru yg.ori..ciptaan Tuhan.Susah nak dapat tu..tuan.

    BalasPadam
  2. oh... ini burung raja udang... sian...

    BalasPadam