Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 16 Januari 2012

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 2 daripada 10

Ada banyak manfaat bila menanam lebih dari satu tanaman dalam patch, bekas atau batas.  Ada juga tumbuhan yang akan terbantut jika tanam bersama.  Ini mungkin kerana berebut nutrien, cahaya atau bahan yang dihasilkan oleh satu tumbuhan menarik serangga atau organisma yang menjadi perosak kepada tumbuhan yang satu lagi.  Apa-apa pun, dalam bertanam, jangan macam robot.  Anda mesti catat kesannya dan pilih yang terbaik.  Apa yang terbaik di halaman rumah saya mungkin tidak menjadi di halaman rumah rakan-rakan kerana perbezaan tanah dan mikroiklim.  Ya, anda mesti catat proses dan hasil untuk memanfaatkan kaedah yang digunakan di masa yang akan datang, atau mengelakkan kaedah yang gagal.

Antara faedah tanaman bercampur adalah seperti berikut.

1. Tumbuhan menarik minat serangga yang berfaedah, misalnya serangga pendebunga (pollinator),
2. Bau tumbuhan menghalau serangga perosak,
3. Tanaman pelbagai mengelirukan serangga perosak,
4. Tumbuhan menarik organisma pemangsa, misalnya burung yang memakan serangga perosak,
5. Halaman atau taman kelihatan cantik kerana terdapat pelbagai tanaman.
6. Tanaman buddy mempunyai akar yang berada pada aras yang berbeza dan memecahkan tanah supaya nutrien boleh diperolehi tanaman lain,
7. Tanaman yang simbiotik dengan mikroorganisma pengikat nitrogen membekalkan nutrien iaitu sebatian nitrogen untuk serap oleh tanaman lain.

Ada banyak lagi manfaat tanaman bercampur. Harap kita dapat bincangkan manfaat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan