Saya telah beberapa kali menceritakan cara mencampur tanaman untuk melindungi tanaman utama. Misalnya pokok cili saya sering diserang lalat putih, jadi saya tanam tulai atau apa-apa jenis basil bersama supaya pokok cili tidak lagi diganggu lalat putih. Tuaian yang saya inginkan ialah buah cili. Tulasi atau basil tersebut ditanam untuk melindungi cili. Saya jarang menuai daun tulasi. Sistem penanaman sebegini dinamakan Sistem Buddy.
Tidak semua tanaman boleh jadi buddy. Ada yang berseteru. Pokok apakah yang boleh ditanam bersama? Pokok apa yang tidak boleh ditanam bersama?
Bagus posting kali ni, harap dapat kongsi info lebih lanjut. Saya selama ni mmg tak tahu kaedah sistem buddy nie
BalasPadamInsyaAllah akan dikembangkan. Ini baru posting pertama. Ada 5 posting yang dirancang sebagai pencetus idea bertanam.
BalasPadamSalam tuan, maaf ya..saya banyak bertanya,sebabnya memang saya tak tahu.Tulasi atau basil tu pokok apa, nama tempatannya?..atau kongsikan gambarnya..boleh? hehehe..harap boleh ya.
BalasPadamTiada masalah, saya memang gemar menerima respons dari pengunjung. Itu tandanya blog ini tidak sunyi dan dimanfaatkan.
PadamTulasi atau nama Inggerisnya Holy Basil adalah tumbuhan dari kumpulan Ocimum iaitu sama kumpulan dengan selasih/kemangin. Ia sejenis basil yang popular digunakan dalam masakan kaum India. Baka yang saya ada adalah baka campur kerana saya juga tanam selasih dan kemangin. Jadi kira dah kawin campur.