…Menilai Tanah
Tanah Pasir
Zarah-zarah yang besar kelihatan dengan jelas. Apabila anda picit tanah, zarah-zarah pasir
terasa kasar. Jika anda gentel tanah
pasir, ia tidak membentuk bebola. Ia rapuh
dan pecah dengan sendiri.
Tanah Gembur Berpasir
Ia kelihatan seperti tanah pasir kerana zarah-zarah pasir
yang besar kelihatan dan apabila dipicit terasa kasar zarah-zarah pasir. Bagaimanapun ia lebih mudah menggumpal dan
apabila digentel membentuk bebola.
Bagaimanapun apabila digentel ia mula pecah.
Tanah Lanar/Keladak
Zarah-zarah tanah kelodak lebih lembut dan seperti
sutera. Anda tidak dapat lihat
zarah-zarah tanah secara berasingan.
Apabila dipenyet, ia tidak mudah pecah.
Tanah kelodak yang kering boleh dipecahkan menjadi debu.
Tanah Keladak Berlumpur
Tanah ini lembut dan terasa seperti sutera tetapi agak
melekit. Ia boleh digentel menjadi
bebola dan terus digentel menjadi gelang halus.
Tanah ini melekat pada jari menjadikan jari kelihatan kotor.
Tanah Liat
Tanah liat yang lembap boleh dibentuk seperti
plastisin. Ia boleh digentel menjadi
cincin atau gelang yang kukuh. Tanah
liat yang kering pula keras dan tidak mudah pecah.
tanah campur pasir ni boleh hidup subur o sehat ke klu buat bercocok tanam ni?
BalasPadam