Menilai Tanah
Anda perlu kenal tekstur tanah yang anda gunakan atau tanah
yang anda bertanam kerana tekstur tanah memberi kesan terhadap kesuburan
tanah. Anda boleh kenal pasti tekstur tanah
secara kasar dengan meletakkannya di dalam tapak tangan.
Ambil segenggam tanah, lembapkan sedikit dan uli dengan
jari. Gentel tanah yang dilembapkan dan
kemudian penyet menjadi kepingan. Lebih
panjang kepingan bermaksud lebih banyak zarah tanah liat dikandungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan