…Jenis-jenis Organisma
Cacing Tanah
Terdapat sehingga 400 kg cacing tanah di dalam seeker tanah
yang subur. Organisma ini adalah yang
paling terkenal jika dikaitkan dengan jkesuburan tanah. Cacing tanah amat penting Hinggakan ia
dijadikan menanda kesuburan tanah. Kalau
ada banyak cacing tanah, tanah tersebut dikira subur. Ramai antara kita tahu cacing tanah baik
tetapi tidak tahu betapa berharganya hidupan ini kepada pekebun.
Cacing tanah kadang-kadang digelar pembajak semulajadi
kerana keupayaannya mengorek tanah.
Setiap tahun, cacing tanah mengorek sehingga 15 tan tanah setiap
ekar. Ada juga yang menggelar cacing
tanah, usus tanah kerana keupayaannya mencerna bahan organik di dalam
tanah. Cacing tanah menarik bahan-bahan
dari pokok mati serta daun kering ke dalam tanah dan memecahkannya kepada Bahagian
yang lebih ringkas, yang kemudiannya dapat diuraikan oleh hidupan yang lebih
kecil. Secara tidak langsung, cacing
tanah meningkatkan nilai C.E.C. tanah.
Tinja cacing tanah kaya dengan nutrien, disaluti jel yang
kalis air yang mampu menggumpal tanah menghasilkan gumpalan yang lebih
stabil. Terowong kecil hasil dari
aktiviti menggali tanah juga amat berguna kerana mengudara tanah serta membaiki
saliran tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan