…Jenis-jenis Organisma
Kulat, Fungi
Terdapat 700-900 kg fungi di dalam 1 ekar tanah yang subur. Terdapat kulat atau fungi parasit iaitu yang menjadi perosak kepada tanaman kerana kulat adalah hidupan yang tidak membuat makanan sendiri. Misalnya, penyakit damping off yang sering menyerang cambahan adalah angkara fungi.
Ada kulat saprofit, memakan tumbuhan atau haiwan yang telah mati. Kulat ini yang kita mahu kerana keupayaannya memecahkan komponen bahan dalam kayu mati yang sukar diuraikan kepada nutrien yang dapat iserap oleh tanaman.
Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan kulat adalah saprofit.
Haifa, iaitu akar kulat mampu menggumpal zarah-zarah tanah. Ada kulat yang membunuh nematode, iaitu jenis
cacing yang menjadi perosak tanaman. Ada
kulat yang menghasilkan antibiotik.
Banyak tumbuhan yang saling memerlukan kulat (disebut
hubungan simbiosis) iaitu dari jenis fungi mycorrhizal, yang membekalkan nitrogen dan
fosforus kepada tumbuhan hos, dan mendapatkan makanan, iaitu karbohidrat dan
nutrien daripada tumbuhan tersebut. Ada
tanaman yang hanya mampu hidup jika terdapat kulat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan