…Jenis-jenis Organisma
Bakteria
Dalam tanah yang subur, terdapat 45 – 900 kg bakteria di
dalam 1 ekar tanah. Terdapat sehingga 1
billion bakteria di dalam 1 g tanah, iaitu kira-kira 20,000 spesies bakteria. Banyak tu.
Bakteria tersebut adalah dari jenis aerobik, iaitu yang bernafas (respirasi)
menggunakan udara (oksigen), anerobik, iaitu respirasi tanpa udara (biasanya
menghasilkan gas hidrogen sulfida yang busuk) dan fakultatif, iaitu respirasi
menggunakan udara atau tanpa udara, mengikut kehadiran udara.
Perkara yang paling penting tentang bakteria adalah
keupayaannya untuk menguraikan bahan organik dan menghasilkan nutrien yang boleh
diserap oleh tumbuhan, melekatkan zarah-zarah tanah menjadi zarah-zarah yang
lebih besar, mengikat nitrogen daripada udara menjadi sebatian nitrogen yang
boleh diserap oleh tumbuhan, serta menguraikan bahan beracun seperti herbisid
dan pestisid menjadi bahan yang lebih ringkas dan tidak merbahaya. Ada juga bakteria yang menghasilkan antibiotik. Hanya sedikit sahaja daripada bakteria yang
ada di dalam tanah yang menyebabkan penyakit kepada tumbuhan, iaitu 1 dalam
30,000 sahaja. Kebanyakan bakteria
memberi faedah kepada tumbuhan.
Antara bakteria yang mampu mengikat nitrogen ada yang tinggal di
dalam akar tumbuhan kekacang (legum), atau secara bebas, misalnya Clostridium
dan Azotobakter. Bakteria ini amat
penting membantu kesuburan tanah kerana ia menukar nitrogen dari udara yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan kepada sebatian nitrogen yang boleh diserap oleh tumbuhan. Nitrogen diperlukan untuk membina amino asid, iaitu bahan asas protein serta enzim.
| Bintil atau nodus pada akar pokok kekacang yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. |
Pertumbuhan bakteria amat elok dalam tanah dengan pH 5.5
hingga 7.5 pada suhu sekitar 40 hingga 90 darjah F (5 – 40 darjah C). Secara amnya, bakteria tidak gemarkan baja
kimia atau pestisid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan