Menggalakkan Kehidupan Di Dalam Tanah
Satu dari perkara asas dalam berkebun (secara organik)
adalah anda perlu menggalakkkan hidupan di dalam tanah. Silap kalau kita fikir hidupan di dalam tanah
tidak memanfaatkan tanaman. Semua
hidupan di dalam tanah ada kegunaan atau manfaatnya. Jadi, kalau ada orang ajar kita supaya
gunakan klorox untuk matikan organisma, janganlah diikut ajaran tersebut.
Petuanya begini, lebih banyak hidupan yang ada di dalam tanah, lebih sedikit anda
akan menghadapi masalah bertanam. Dengan
kewujudan berbagai hidupan di dalam tanah bermaksud tiada satu organisma akan
bertumbuh dengan berlebihan. Sebab
itulah, racun rumpai dan racun makhluk perosak adalah suatu yang tidak elok
untuk tanah.
Hampir semua organisma yang ada di dalam tanah memanfaatkan
tanah dan secara tidak langsung memanfaatkan tanaman. Secara amnya, sedikit sangat organisma yang
ada di dalam tanah yang akan mendatangkan kemudaratan kepada tanah dan tanaman.
Jika anda ingin tingkatkan jumlah hidupan di dalam tanah, ia
adalah suatu perkara yang mudah. Apa
yang anda perlu Lakukan adalah pastikan terdapat udara dan lembapan yang
mencukupi, bahan organik (menjadi makanan kepada hidupan), serta pH yang
neutral. Sungkup juga penting kerana ia
mempastikan suhu di dalam tanah stabil serta mengekalkan kelembapan tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan