Kehidupan Di Dalam Tanah
Bahan organik (sebatian karbon) membekalkan makanan kepada
semua hidupan di dalam tanah dan menjadi sumber tenaga yang menjadikan tanah
seolah-olah “hidup” dengan pelbagai aktiviti.
Oleh kerana semua organisma di dalam tanah mendapat nutrien tumbuhan,
lebih banyak bahan organik di dalam tanah, lebih banyak jumlah organisma di
dalamnya.
Tanah adalah ruang yang selesa untuk organisma kerana ia
membekalkan makan, air, udara, suhu yang stabil serta perlindungan. Ada benda hidup yang mengorek tanah dan
tinggal di dalam ‘terowong’, misalnya cacing, larva kumbang dan tikus mondok. Bakteria dan kulat juga tumbuh dengan galak
di dalam tanah. Di Bahagian telah
bintil-bintil tanah yang tidak mengandungi udara pula menjadi ruang perlindungi
bakteria anerobik, iaitu bakteria yang tidak memerlukan oksigen.
Ada organisma yang tinggal di dalam tumbuhan yang sedang
mereput. Ada pula organisma yang hidup
di dalam tumbuhan yang masih hidup.
Anda boleh lihat kesan aktiviti organisma di dalam tanah
dengan melihat daun-daun yang mereput.
Kadang-kadang kayu yang digunakan sebagai tiang pagar juga mereput
kerana dimakan organisma, misalnya anai-anai.
Anda juga boleh melihat perbezaan yang ketara di antara lapisan
tanah. Misalnya, tanah di lapisan atas
sangat “hidup” manakala tanah di lapisan bawah “mati” kerana kekurangan aktiviti
organisma dalam tanah Sedangkan kedua-dua lapisan tersebut adalah terdiri dari
batuan induk yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan