…Komponen Tanah
Bahan Organik dan Humus
Berapa banyakkah bahan organik (dan humus) perlu ditambah ke
dalam tanah? Sebenarnya setiap tanah
mengandungi jumlah bahan organik pada tahap yang stabil, bergantung kepada
tumbuhan, iklim dan jumlah hujan.
Contohnya tanah gambut (peat) adalah terdiri daripada 100% bahan
organik. Padang pasir (gurun) pula
mengandungi hampir 0% bahan organik.
Kebanyakan tanah mengandungi kira-kira 3% hingga 5% bahan organik. Kebanyakan dari bahan organik berada di lapisan
yang hampir dengan permukaan tanah iaitu di antara 7 cm hingga 30 cm.
Tanah kebun yang elok lazimnya mengandungi 5% bahan
organik. Anda boleh tingkatkan kandungan
bahan organik hingga ke 10% (dengan menggunakan baja organik). Ada pakar yang tidak mengesyorkan anda
menambah bahan organik melebihi 10% kerana kandungan bahan organik yang terlalu
tinggi boleh menarik makhluk pengurai bahan organik misalnya larva kumbang yang juga menjadi makhluk perosak.
Jika anda menanam tanpa menambah bahan organik,
anda mungkin akan menyebabkan bahan organik sedia ada berkurang di dalam tanah tersebut. Lama kelamaan mutu
struktur tanah akan berkurang dan tanah tidak lagi menjadi subur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan