…Komponen Tanah
…Humus
Humus itu sendiri tidak mengandungi nutrien, tetapi ia
mengandungi nilai C.E.C. yang tinggi.
Humus dikatakan mengandungi 10 kali nilai C.E.C. tanah liat dengan jisim
yang sama. Jadi, humus mampu menyimpan
lebih banyak nutrien jika dibandingkan dengan tanah liat. Anda mampu meningkatkan dua kali ganda nilai
C.E.C. dalam tanah berpasir dengan meningkatkan peratusan bahan organik dari 1%
kepada 5%.
Ketinggian nilai C.E.C. dalam humus juga bermaksud humus
mampu menstabilkan pH tanah. Ini kerana
humus mampu menyerap lebihan ion hidrogen, kalsium, dan natrium.
Humus juga menghitamkan tanah. Ini menambah keupayaan tanah menyerap
haba. Tidak hairanlah lazimnya tanah
berwarna hita mempunyai suhu 5 darjah Celsius melebihi tanah yang lain yang
berdekatan. Ciri ini amat penting untuk
mereka yang tinggal di kawasan yang dingin.
Oleh kerana humus berlendir, ia mampu menyalut zarah-zarah
yang kasar dan menghasilkan gumpalan yang menambah baik struktur tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan