…Komponen Tanah
…Bahan Organik Serta Humus
Nutrien tumbuhan dikitar semula melalui bahan organik. Bahan yang dimaksudkan adalah seperti
berikut.
95% daripada Nitrogen, 60% daripada fosforus, 90% daripada sulphur. Nutrien yang diserap oleh tumbuhan boleh
diserap semula oleh tumbuhan yang baru apabila tumbuhan asal mati dan
mereput. Oleh sebab itu, bahan organik
dari pokok yang telah mati atau daun-daun luruh dianggap baja sedia ada. Lihatlah hutan dan belukar yang
menghijau. Siapa yang membaja
pokok-pokok di dalam hutan tersebut sehingga tumbuh begitu subur?
Bahan organik bertindak seperti baja yang dirembes secara
perlahan. Ia kaya dengan nutrien dan
tidak mudah dilunturkan, tetapi masih boleh diserap dengan kadar yang segera.
Struktur bahan organik pula mampu membaiki struktur,
pengudaraan dan saliran tanah. Asid
yang terdapat di dalam bahan organik pula dapat bertindak dengan bahan mineral
di dalam tanah dan mampu membebaskan mmineral tersebut supaya dapat diserap
oleh tumbuhan.
Bahan organik mampu menyimpan 4 kali lebih banyak air
berbanding dengan jisimnya sendiri.
Tanah yang mengandungi 1% bahan organik mampu menyimpan 3 cm air
manakala tanah yang mengandungi 5% bahan organik mampu menyimpan 15 inci
air. Jadi bahan organik amat penting
untuk tanah yang mempunyai masalah pengairan.
Selamat tahun baru En. Iskandar. Semoga blog encik terus berseri sepanjang 2012 ini.
BalasPadamTerima kasih. Selamat Tahun Baru untuk I Wong juga. InsyaAllah, akan cuba maintain blog.
BalasPadam