Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 27 Januari 2012

Sayur dalam styrofoam (bekas gabus)

Cuti Tahun Baru Cina, melencong ke Pekan Broga.  Pekan ni memang sesuai kalau nak ambil gambar ala retro sebab masih mengekalkan identiti lama.  Macam masuk warp ke tahun 60an, cuma kereta aja model baru.  Bila memergati kawasan tersebut, saya spot sesuatu yang menarik.  Penduduk di sini amalkan tanam sayur dalam bekas styrofoam, baki-baki isi sayur.  Bila berborak dengan orang yang ditemui, rupa-rupanya dah jadi tradisi di situ.  Dua bulan sebelum Tahun Baru Cina, mereka mula menyemai sayur dalam bekas.  Benih istimewa kata mereka.

Saya tersenyum tapi ada juga rasa terkejut kerana tidak tahu.  Rupa-rupanya jenis-jenis sawi yang saya tanam (dan kongsikan melalui blog ini) adalah dari jeniis yang istimewa untuk kejiranan ini.  Mereka makan sayur tersebut ketika Makan Besar.  Kagum pun ada juga kerana tanaman mereka subur.  Banyak lagi yang saya perlu belajar, mungkin bila ada masa free nanti, ke sana belajar dari orang-orang lama di sana.

Setiap bekas ditanam dengan sejenis sayur sahaja.  Mungkin saya akan letakkan satu atau dua bekas styrofoam di kaki lima dekat saya bekerja.  Kalau tanam sayur campur, ketika turun lunch, boleh petik buat ulam.  Boleh juga praktikkan  sistem buddy sebagaimana yang sedang dibincangkan.  Akhir-akhir ni makan di Kedai Mamak aja kalau tak sempat pulang.  Kerja penulisan hampir due.  Masalah dengan Kedai Mamak, mereka tiada sayur fresh.  Masakan mereka kurang sayur.  Kalau adapun, dimasak lama sampai hancur. 

11 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Pekan Broga, menarik entry ni.kongsikanlah gambar.Suka tengok gambar.Nak pergi melancong tak sampai..tengok gambar ajelah.Harap sudi ya.

    BalasPadam
  2. En tak da tangkap gambar bekas tu ke? Teringin gak nak tengok diorang buat macam mana.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah akan diambil gambar bila kembali ke sana. Hari tu tak niat nak singgah mana-mana, jadi tak bawa kamera.

    BalasPadam
  4. Salam bang, benih timun tu dah selamat sampai dah. Lepas ni boleh try tanam plak... Terima kasih banyak-banyak.

    Untuk tanam dalam bekas styrofoam tu cam menarik plak, lagi best kalau dapat share dengan ambik gambar-gambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah habis dituai sebab mereka guna untuk makan besar. Nanti kalau termelencong ke sana, saya bawa kamera. :)

      Padam
  5. emmm... ok juga idea ni... kat rumah ada sebiji bekas tu... jadi alas letak barang pulak... lepas ni kita isi dengan tanah... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri pun ada cuba sebelum ni. Kena upgrade ni.... :) Sebelum ni saya ada tanam zucchini dan salad green parade. Zucchini dah berbunga. Green parade dalam bekas yang sama dah sejengkal panjang. Nampaknya kadar pertumbuhan lebih cepat jika dibandingkan dengan guna pasu. Dah korek bekas-bekas styrofoam lama. :)

      Padam
  6. Salam..

    Benih yang dibeli telah selamat diterima bersama benih-benih lain yang dikongsi..
    Semoga tuan sekeluarga mendapat rahmat dan murah rezki..

    ingat nak guna juga bekas styrofoam kat rumah le untuk tanam benih-benih ni..dah tak sabar dah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.

      Happy Gardening. Saya sendiri pun dah keluarkan saki baki styrofoam yang dibuat isi ikan ketika membeli ikan di pasar. Hari ni cari tanah dulu. :)

      Padam
  7. apakah mereka pakai bekas polisterin yang petak tu yang selalu digunakan untuk bekas air batu????

    menarik idea tu...lepas ni cari bekas2 yang rasa2 boleh digunakan untuk tanaman...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya bekas air batu pun ada digunakan.

      Padam