Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 29 Januari 2012

Sayur dalam bekas styrofoam

Saya juga ada cuba tanam beberapa jenis sayur dalam bekas gabus dan bekas gabus.  Ini contoh bekas ganus yang diletak di depan ofis.  Dari pengalaman saya, bekas kayu yang terbaik tetapi boleh tanam setakat 3 cycle aja sebab kayu akan reput.  Tanam dalam gabus pun ok.  Ini contoh dua kotak gabus yang saya tanam dengan beberapa jenis sayur.  Mentimun (OP) (masih kecil, berumur seminggu) dan tomato dijadikan tanaman utama dalam gabus-gabus tersebut.  Pokok lain yang diletak termasuk salad green parade (masih satu jengkal), sawi dari pelbagai jenis, lobak putih dan sayur putih (kobis cina) dan kailan (baka 117).  Tnah digunakan tanah campur yang dijual dinurseri, dicampur dengan satu mangkuk kondisyener dan sedikit guano sebagai baja organik.  Kotak ini berumur 3 minggu.

Kailan dan lobak putih melonjak dalam kotak ini.  Kobis cina masih sederhana.

Kobis cina dah sedia untuk dipetik, buat ulam ketika lunch.  Tomato juga dah besar, cuma belum berbunga.

Beginilah kotak gabus yang saya letakkan di hadapan pintu masuk ke ofis.  Salad bar untuk makan tengah hari kedai Mamak. :)

14 ulasan:

  1. kalau guna bekas ni, bawah tu nak buat lubang tak untuk pengaliran air/udara?

    BalasPadam
  2. salam en. iskandar... sy mmg amalkan tnm dlm bekas gabus ni oleh kerana kekurangan kwsn bertanam... alhamdulillah tnaman ok n berhasil utk sntapan klga... biasa sy kutip bekas terpakai di tpt buang smph psarya2 bsr... mmg bnyk n plbgai saiz...

    En. Abd Samad - berdsrkan pengalaman sy mmg kena tebuk lubang n klu dpt bekas yg pecah msh bole direpair dgn cara gunakan pita pelekat...

    BalasPadam
  3. Betul tu, kena tebuk lubang. Saya sendiri tak tebuk di bawah sebab inginkan bekas simpan air sedikit terutamanya kalau tinggal lama. Saya tebuk di sisi, kira-kira 2 inci dari tapak.

    BalasPadam
  4. Tak cukup di rumah, di ofis pun bercucuk tanam rupanya :) hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini dipanggil obses dan minat...hehehe.. betul tu, boleh hilangkan stress... kat rumah ni pun tengok pokok 4-5 kali... walaupun dah tengok rasa nak tengok je... tak jemu...heheheh

      Padam
    2. Masa awal-awal bukak blog dulu saya ada posting tentang amaran, jangan mula bertanam, sebab ketagih. Tak sangka, saya yang terlebih ketagih. Sekarang satu hari tak makan sayur fresh, tak sah. :)

      Padam
    3. saya selalu tanam guna tanah nursery...tapi pokok x mau besar... mungkin kualiti tanah x elok.. apa itu kondisyener dan guano yang encik maksudkan.

      Padam
    4. Kondisyener adalah bahan yang saya rasa diproses dari campuran serat sabut dan baja kandang. Tujuannya adalah untuk memulihkan struktur tanah, supaya lebih mengandungi udara. Ia lazimnya kaya dengan baja organik. Gunano adalah baja kelawar, iaitu tanah yang diambil pada lantai gua. Baja ini memang elok.

      Padam
    5. biasalah bila kita menanam ni ibarat kita menjaga anak... tak sabar nak tengok pokok besar, berbuah, berbunga dan memberi hasil... tu yang obses...

      tambahan lagi bila sayur yang kita makan lebih segar, enak, manis menjadikan semakin obses nak tanam...hehehe

      baja kelawar memang elok... dekat mana mendapatkan baja tu???

      Padam
    6. Biasanya baja kelawar ada dijual di nurseri.

      Padam
    7. ooo... nak kena cuba juga ni..

      Padam