Ada jenis pokok yang boleh dibiak melalui keratan batang. Pokok mulberry, bunga raya, bunga ros, bunga melor, moringa, roselle dan bendi boleh dibiak dengan cara ini. Anda perlukan gunting kebun (atau gunting dapur) atau pisau yang tajam, agen penggalak pertumbuhan akar, tanah, pasu atau bekas tanaman dan pokok induk. Proses membiak tanaman melalui keratan batang dikenali sebagai propagasi.
| Alatan yang diperlukan, gunting kebun dan agen penggalak pertumbuhan akar. |
Saya gunakan agen penggalak pertumbuhan akar dalam bentuk gel. Anda juga boleh gunakan agen penggalak dalam bentuk serbuk. Jika anda tidak memiliki agen penggalak pun tidak mengapa, anda masih boleh biakkan tanaman dengan cara ini. Cuma pertumbuhan akar lambat sedikit, tetapi saya yakin ia tetap akan berhasil juga.
| Pelbagai jenis agen penggalak pertumbuhan akar. |
Kebanyakan artikel mengesyorkan anda menggunakan tanah dalam bentuk pasir atau vermaculite. Sebenarnya anda boleh gunakan tanah organik biasa, cuma tanah tersebut jangan terlalu basah. Ini untuk mengelakkan bahagian keratan diserang penyakit.
| Tanah organik. |
Lakukan kaedah ini di sebelah petang untuk mengelakkan panas tengahari di hari pertama proses propagasi. Isikan tanah ke dalam bekas. Siram dengan sedikit air untuk melembapkan tanah tetapi jangan terlalu basah.
| Isikan tanah ke dalam bekas dan siram dengan air. |
Kerat batang yang ingin dibiakkan. Bahagian pangkal kira-kita 4 cm daripada tunas. Di bahagian hujung kira-kira 2 cm daripada tunas. Potong batang bahagian hujung menyerong tetapi tidak menuju ke arah mata tunas. Lihat gambar berikut sebagai panduan.
| Contoh keratan batang. |
Celupkan bahagian pangkal ke dalam gel atau serbuk penggalak pertumbuhan akar kira-kira sedalam 1.5 cm. Sekiranya anda tidak memiliki bahan ini, langkah ini boleh diabaikan.
| Celup pangkar keratan kira-kira 1.5 cm ke dalam agen penggalak pertumbuhan akar. |
Jangan cucuk terus ke dalam tanah. Ini akan mencederakan pangkal keratan batang. Buat lubang dalam tanah menggunakan jari kira-kira sedalam 4 cm. Kemudian masukkan keratan batang.
| Masukkan keratan ke dalam lubang di dalam tanah. |
Tutup lubang dengan tanah. Jangan padatkan tanah.
| Kambus lubang dan pastikan keratan batang dalam kedudukan mencacang. |
Labelkan. Simpan bekas propagasi di tempat yang teduh. Lazimnya daun akan tumbuh dari mata tunas dalam masa 2 minggu.
| Labelkan keratan dan letakkan di tempat yang tidak terlalu terik. |
banyak tanam keratan mulberi.... untuk dijual ke???
BalasPadamAda nurseri pesan sedikit.
BalasPadamApa kata en Iskandar mengenai isu ini? Saya rasa en Is patut letak watermark pada gambar-gambar yang en Is post kan agar ia tak dicuri oleh orang lain.
BalasPadamhttp://kebunmalaykadazangirls.blogspot.com/2012/05/someone-has-been-stealing-all-my-blog.html
PadamSaya akan bincangkan tentang isu ini nanti.
PadamSaya lihat blog en Is mula mendapat tempat pertama dalam carian google. Jadi saya hanyalah ingin mengetahui langkah-langkah yang en Is lakukan. Mana tau ada pula si pencuri seperti blog owner tersebut nyatakan.
PadamWalauapapun, saya sokong blog en Is post mengenai tanaman.
Memang pasti akan berlaku perkara ini, cuma bila akan bermula tidak pasti. Bukan berdoa tapi melalui pemerhatian, gambar2 yang diambil mmg utk tujuan penulisan, maka ada org yg akan ambil utk tujuan komersil tanpa kebenaran.
PadamApa pun, semoga En Is dan keluarga sentiasa dilimpahi rezeki walaupun mgkn usaha yg dibuat dicuri org
bagai mana saya hendak membuat ulasan tentang "cara tumbuhan membiak"
BalasPadamSaya kurang faham maksud soalan tersebut.
PadamBoleh tak kaedah ini dilakukan pada rambutan,limau,mangga dan aneka buahan yang lain
BalasPadamSaya belum cuba.
PadamUntuk tanaman seperti di atas, ia tidak akan berhasil kerana peratus untuk sel akar tumbuh adalah rendah.
PadamLebih sesuai guna biji benih dan kemudiankan guna kaedah cantuman.
Lagipun, untuk tanaman buah yang besar pokoknya seperti rambutan, durian, mangga, manggus dan lain-lain tidak disarankan guna keratan batang mahupun tut. Akar tunjang tiada akan memudahkan pokok tumbang kala hujan ribut melanda. Kalau pokok kecil, ia sesuai.
Terima kasih sdr IWong, maklumat yang berguna untuk kita semua.
PadamSama-sama. Ia berdasarkan apa yang saya belajar.
PadamHIIIIIIIIHIIIIIIIIIIIIII SUSAHNYA
BalasPadamTak susah. Jika tak guna agen penggalak akar pun boleh, cuma lambat sedikit akar tumbuh.
Padampokok limau nipis boleh ni. :)
BalasPadamBoleh cuba.
PadamWow baru ku temui blog ni
BalasPadamSemoga dimanfaatkan.
Padam